Pembangunan Usahawan

Kembangkan perniagaan anda melalui program SPUP

1. Modal Pusingan

Geran SPUP (Modal Pusingan) Ini merupakan satu skim pinjaman untuk membantu menaiktaraf perusahaan yang bersaiz mikro kepada perusahaan yang berskala besar dan berdaya maju.

Had Pinjaman :

  • Had Kredit RM70,000.00
  • 50% diberi dalam bentuk geran

Sekiranya anda ingin mengembangkan perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi. Jom! sertai program SPUP kami

Kembangkan perniagaan anda melalui program SPUP

2. Peralatan

SPUP juga membantu usahawan dalam bentuk pembelian peralatan pemprosesan untuk meningkatkan produktiviti perniagaan mereka

  • Mesin Penyahtulang, Menguli, Pembentuk Bebola
  • Mesin Pembungkus, Pemotong, Mengering
  • Mesin Janakuasa
  • Bilik Sejuk/Peti Sejuk
  • Pondok Pemporsesan
  • Tempat Penjemuran

Permohonan pembelian peralatan pemprosesan makanan laut selain daripada yang dicadangkan juga akan dipertimbangkan.

Kembangkan perniagaan anda melalui program SPUP

3. Naiktaraf Premis Perusahaan

Geran ini lebih menfokuskan kepada menaiktaraf premis perniagaan dan memenuhi keperluan perniagaan mereka

  • Pembesaran ruang pemproses
  • Menaiktaraf ruang kilang
  • Meningkatkan kualiti premis/perniagaan iaitu mengubahsuai/menaiktaraf;

Geran menaiktaraf premis berupaya menjadi nilai tambah dan mampu melonjakkan prestasi perniagaan usahawan

Kembangkan perniagaan anda melalui program SPUP

4. Pemerkasaan Jenama

Geran ini bertujuan untuk memperkasakan jenama produk usahawan agar sasaran penjualan mereka berkembang dan menembusi pasaran baru

  • Penghasilan jenama produk
  • Membina jenama

Penjenamaan adalah penting MENINGKATKAN KEPERCAYAAN pelanggan kepada produk dan perkhimatan yang disediakan oleh usahawan

Kembangkan perniagaan anda melalui program SPUP

5. Rekabentuk pembungkusan produk

SPUP juga membantu usahawan arah pemerkasaan dan pembangunan produk - produk usahawan

  • Penghasilan idea dan konsep rekabentuk pembungkusan
  • Penghasilan dan rekabentuk jenama produk
  • Percetakan pembungkusan

Usahawan disaran memohon skim ini dalam penghasilan produk dengan ciri-ciri yang menepati citarasa pengguna terkini

Kembangkan perniagaan anda melalui program SPUP

6. Latihan keusahawanan

Program e-Kan adalah satu latihan keusahawanan yang ditaja oleh Ko-Nelayan ( PERCUMA ) sebagai satu usaha untuk membantu usahawan menjana pendapat melalui platform atas talian.

  • Membina kedai Maya (Online Store) di Platform e-Kan
  • Aplikasi e-Kan
  • Latihan pemasaran digital daripada tahap 1 hingga 3

Sekiranya anda ingin mengembangkan perniagaan anda diatas talian, menambah ilmu bisnes dan terokai pontensi bisnes di platform digital. Jemputlah untuk sertai Program e-Kan tahun 2022

Jom sertai kami

Skim Peneraju Usahawan Perikanan (SPUP)

1. Objektif

  • Meningkatkan pendapatan usahawan dengan menaiktaraf perusahaan yang bersaiz mikro kepada perusahaan yang berskala besar dan berdaya maju.
  • Mengalakkan penglibatan siswazah menyertai perusahaan dalam bidang perikanan
  • Meningkatkan produktiviti pengeluaran produk makanan tempatan yang berkualiti dan selamat.

2. Pakej Pinjaman

  • Modal Pusingan
  • Peralatan
  • Naiktaraf Premis Perusahaan
  • Pemerkasaan Jenama
  • Rekabentuk pembungkusan produk
  • Latihan keusahawanan

3. Tempoh bayaran balik

  • 60 Bulan

4. Kumpulan Sasar

  • Peserta SBN, PIKP dan SBPA telah mencapai pendapatan M40
  • Siswazah yang telah menceburi bidang perikanan dan telah mencapai pendapatan M40
  • Siswazah yang telah berjaya mengikuti kursus keusahawanan Akuasis di KATC. Keutamaan akan diberi kepada siswazah yang mempunyai pengkhususan dalam bidang perikanan atau akuakultur.