Aktiviti Terkini

Program Nelayan Digital (e-SMART), Seminar Penggunaan Teknologi SATELIT Dalam Sektor Perikanan Dan Marin.

Pada 20-21 Mac 2023 - Ko-Nelayan telah menganjurkan Program Nelayan Digital (e-SMART) iaitu Seminar Penggunaan Teknologi Satelit Dalam Sektor Perikanan Dan Marin Serta Penggunaan Aplikasi e-SMART Dalam Menangkap Ikan di Wilayah Tawau yang telah disertai oleh 40 nelayan dari 4 daerah yang berlainan (Tawau, Lahad Datu, Kunak & Semporna).

Semasa Majlis Penutupan Kursus, Pengurus Besar KO-NELAYAN, Tuan Hj. Yusof Hj. Ag Besar, diiringi oleh Timbalan Pengurus Besar, Puan Cabrini Bridget Chia, Pen. Pengurus Besar (Khidmat Pengurusan), Puan Raya Undui @ Suraya, Pen. Pengurus Besar (Pembangunan Nelayan), Pn. Dahara Binti Paro dan Pen. Pengurus Besar (Pembangunan Industri Perikanan), En. Burhan Bin Japar dengan penceramah jemputan dari Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), En. Wan Muhd Azran Bin Muhamad Zuki selaku Pegawai Penyelidik MYSA dan juga Ketua Unit Teknologi Maklumat KO-NELAYAN, En. Mohd Nadzril Anak Encharang, selaku Ketua Projek Program Nelayan Digital telah bersama-sama melaksanakan Pra Pelancaran Go-Live Aplikasi e-SMART untuk memperkenalkan aplikasi ini kepada nelayan dengan harapan yang tinggi agar aplikasi e-SMART ini dapat membantu semua nelayan yeng terlibat dalam meningkatkan hasil pendapatan dari penangkapan ikan di laut.