” Menyumbangkan ke arah melahirkan atlet-atlet cemerlang dan masyarakat yang sihat, aktif dan produktif melalui penyediaan kemudahan sukan “

” Lembaga Sukan Negeri Sabah menyediakan kemudahan sukan untuk atlet sukan berprestasi tinggi, masyarakat am dan juga menyediakan kemudahan pertandingan mengikut piawaian sukan di semua peringkat “

  1. Menyediakan dan mentadbir kemudahan sukan melalui sistem pengurusan yang berkualiti agar kemudahan ini sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak, para belia dan dewasa serta atlet berprestasi tinggi yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kesihatan, kecergasan dan kecemerlangan sukan dalam suasana mesra, selesa dan selamat.
  2. Meningkatkan penggunaan kemudahan sukan dalam pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi dalam kalangan masyarakat.
  3. Menjadikan kemudahan sukan si bawah pengurusan Lembaga menjadi tempat/lokasi utama bagi sebarang aktiviti seperti kejohanan dan acara penting yang lain, termasuklah acara peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
  4. Mewujudkan perkongsian/kerjasama antara Lembaga Sukan Negeri Sabah dengan pelbagai organisasi tempatan, kebangsaan dan antarabangsa yang terlibat dengan program promosi, pembangunan dan kemajuan sukan di negeri Sabah khususnya dan Malaysia amnya.
  5. Membantu meningkatkan mutu pentadbiran, pengurusan dan kejurulatihan sukan.
  6. Membantu meningkatkan prestasi atlet negeri dalam pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.