Syarat Permohonan
- Laman web atau portal akan didaftarkan menggunakan domain x.sabah.gov.my sahaja. Cadangan URL hendaklah dimaklumkan sewaktu permohonan dibuat bergantung kepada kelulusan daripada pihak Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah (KSTI).
- Laman web atau portal hendaklah dalam status tersedia atau separa siap oleh pentadbir web (Webmaster) yang dilantik oleh agensi masing - masing.
- Permohonan rasmi hendaklah dilakukan melalui emel kepada Bahagian Khidmat Pelanggan Sabah Net: csd@sabah-net.com berserta dengan maklumat lengkap seperti berikut:
- Jenis Platform CMS
- Jenis Server
- Jenis Database
- Pentadbir web (Webmaster) (Nama, nombor telefon dan alamat emel sabah.gov.my)
- URL Laman web
Nota Panduan:
- Pemohon disarankan untuk memberi kandungan laman web dalam format JPA (.jpa) bagi tujuan persekitaran pengujian (Test Environment).
- Pemohon disarankan untuk memuatnaik kandungan laman web (.jpa) ke media penyimpanan dalam talian (Cloud Storage - Google Drive/OneDrive) dan kemukakan bersama pautan tersebut kepada Bahagian Khidmat Pelanggan Sabah Net.
Panduan memuat turun kandungan laman web dalam format JPA (.jpa) |
---|
|