___________________________________
Demi mencapai matlamat Lembaga yang termaktub dalam undang-undang penubuhan Lembaga, kami berjanji memberikan perkhidmatan yang dedikasi dan berdisiplin untuk:
-
☛ Membangunpulih kawasan-kawasan tanah Negeri Sabah yang telah diperuntukkan secara produktif dan komersial untuk pengeluaran hasil ladang perhutanan yang berkualiti serta mapan dengan sokongan penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan dan teknik perladangan hutan yang terkini.
-
☛ Menggalakkan penyertaan aktif sektor swasta dalam pembangunan ladang perhutanan disamping meningkatkan status sosio-ekonomi penduduk tempatan.
-
☛ Memulihkan serta mengekalkan keseimbangan dan mesra alam sekitar termasuk flora dan fauna melalui aktiviti penghutanan dan penghutanan semula.
-
☛ Membangunkan kawasan tanah terbiar dan tanah pertanian marginal serta tanah lain menjadi tanah produktif melalui penubuhan ladang hutan untuk menambah keluaran hasil hutan yang berkualiti bagi memenuhi kehendak pelanggan di samping memulihara alam sekitar.