_____________
Antara fungsi SAFODA ialah:
☛Menggalak, memaju, merangsang, memperbaiki, menyelaras, mengatur dan mengawal keluaran hutan dan aktiviti-aktiviti keluaran hutan termasuk penggunaan, keluaran hutan secara yang berkesan dan cekap; penambahbaik cara-cara mengusahakan keluaran hutan; penanaman, penyelenggaraan dan penuaian tanaman hutan; menggred dan mengawal mutu; cara-cara pengendalian, perniagaan dan pemasaran;
☛Berkaitan dengan perhutanan keluaran hasil hutan dan aktiviti-aktiviti keluaran hasil hutan:-
☛Mengumpul kajian, menganalisa dan pengedaran maklumat.
☛Mengatur dan memberi khidmat teknikal, pemasaran, kemudahan dan program latihan.
☛Memberi cadangan atau langkah tindakan, dasar dan memberi rekomendasi kepada Kerajaan dan membantu untuk menjalankan mana-mana dasar atau kaedah yang dibenarkan oleh Kerajaan.
☛Mengutip, menerima dan mencaj wang yang patut dibayar atau caj-caj lain yang difikirkan berpatutan oleh Menteri untuk menampung kos Lembaga untuk mencapai objektif dan menjalankan fungsinya.
☛Menjalankan atau menyelaras kemajuan kawasan pembalakan termasuklah kawasan yang akan dihutankan semula.
☛Menggalakkan, mempromosikan, menyelia dan menjalankan peng hutanan dan penghutanan semula sebagai langkah untuk menampung keluaran hasil hutan semulajadi.
☛Menjalankan pembangunan skim petempatan berdasarkan kepada penghutanan untuk meningkatkan lagi taraf sosio-ekonomi penduduk-penduduk luar bandar.