Tel: 088-204142/205415
Fax: 088-218294
Email: aduan.safoda@sabah.gov.my

Fungsi Bahagian Pengurusan

________________________________________________________

BAHAGIAN PENTADBIRAN

Bertanggungjawab dalam pengurusan hal-ehwal perjawatan, perkhidmatan am, pembangunan sumber manusia dan perkhidmatan bekalan.

BAHAGIAN KEWANGAN

Bertanggungjawab dalam mengurus dan mengawal sistem perakaunan SAFODA bersesuaian dengan ketetapan dalam Enakmen SAFODA bahagian VI  peruntukan kewangan.

UNIT KOMPUTER

Bertanggungjawab dalam pengurusan dan penyelenggaraan ICT SAFODA.

BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PEMANTAUAN

Bertanggungjawab dalam hal-ehwal yang berkaitan dengan merancang pembangunan tanah SAFODA termasuk pengukuran dan penyediaan pelan kawasan untuk kegunaan bahagian atau wilayah dan kerja-kerja yang berkaitan dengan isu tanah. Disamping itu ia juga bertanggungjawab untuk memantau semua aktiviti operasi berkaitan perladangan hutan SAFODA.

BAHAGIAN PERLADANGAN

Bertanggungjawab dalam operasi penubuhan ladang hutan, penyelenggaraan dan perlindungan serta penuaian hasil perladangan hutan. Projek Perladangan hutan SAFODA meliputi kawasan-kawasan di Bengkoka, di Wilayah Utara yang meliputi kawasan Kota Belud, Kota Marudu dan Selatan Pitas, di Wilayah Selatan yang meliputi kawasan Tambunan, Keningau dan di Wilayah Barat yang meliputi daerah Papar dan Beaufort.

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

Bertanggungjawab untuk menghasilkan bahan tanaman yang berkualiti untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti ladang tanaman bagi mengeluarkan kayu yang bermutu tinggi.