Tempat Menarik/ Popular

Batu Punggul telah dijumpai oleh orang-orang Murut pada masa dahulu kala dan mempunyai ketinggian sehingga 120 meter dan lebar sebanyak 68 meter. Ia berada di tengah-tengah kawasan sungai Sepulut di mana terdapat beberapa gua di sekitarnya. Terdapat tali yang boleh digunakan oleh pelancong yang ingin menikmati keindahan alam semulajadi dari atas batu. Selain itu, para pelancong juga boleh merasai keseronokan menaiki bot selama 30 minit ke Batu Punggul dan jika bernasib baik, mereke boleh melihat gajah, rusa, babi hutan meminum air di lopak garam di sana. Pengalaman seperti inilah yang sentiasa dinantikan oleh penggemar kehidupan liar dan peminat alam semulajadi dan ia merupakan satu pengalaman yang sungguh berharga.

Menurut pengusaha pusat pelancongan Batu Punggul, Lantir Bakayas beliau biasanya akan membawa pelancong dari alam dalam dan luar negara untuk menikmati keindahan alam dan menyediakan segala kelengkapan yang diperlukan sepanjang percutian mereka di sini. Bagi pelancong dari Amerika Syarikat, Eropah, Australia, Jepun dan Korea mereka juga turut suka tinggal di rumah panjang yang ada di Kampung Tantaluan selepas pulang melawat di Batu Punggul.

Cara hidup dan nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh kebanyakkan kaum Murut di sini membuatkan mereka seolah-olah tidak mahu pulang ke negara asal. Selain itu, pelancong yang datang juga sering kali diberikan layanan yang istimewa dan disajikan dengan air tuak yang diperbuat daripada tapai untuk kaum bukan muslim. Lantir berharap agar pihak kerajaan negeri akan dapat mengkomersialkan produk pelancongan Batu Punggul ini dan menyediakan lebih banyak kemudahan infrastruktur untuk memudahkan pelancong ke sini.       

Mukim & Kampung

Bilangan penduduk daerah ini menurut banci yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan pada tahun 1991 ialah 20, 132 orang (termasuk pekerja-pekerja di kilang-kilang Papan dan  syarikat Pembalak yang datang dari luar daerah). Bilangan penduduk daerah ini mengikut banci tahun 1981 ialah 12, 000 orang. Walau bagaimanapun menurut laporan yang diterima daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) jumlah penduduk daerah ini telah mencapai 19, 276 orang (kiraan mengikut penduduk tempatan sahaja) banci tahun 2000.

Pecahan penduduk mengikut kaum :-

Murut   - 87%

 

Lain-lain  - 13% (Kadazan, Cina, Melayu dan lain-lain)

 

Kawasan Pilihanraya :-

 

N.38 Nabawan

P.182 Pensiangan

Sejarah / Asal- Usul Daerah

Kewujudan Daerah Nabawan sebagai salah sebuah daerah di Pedalaman bermula dibawah status Pejabat Daerah Kecil pada tahun 1920 dimana pusat pentadbiran pada masa itu berpusat di Pensiangan yang dianggarkan sejauh 115 kilometer daripada Nabawan (Pusat Pentadbiran pada masa ini).  Perhubungan utama ke Pensiangan pada masa itu ialah melalui sungai dan berjalan kaki manakala Pegawai Daerah yang bertugas di Pensiangan pada masa itu dibekalkan kuda sebagai “kenderaan” untuk berulang-alik diantara Keningau (Pejabat Residen pada masa itu) dan Pensiangan. Penolong Pegawai Daerah yang yang pertama bertugas di Pensiangan ialah Mr. I.C Peck.

Pusat pentadbiran daerah ini berpindah ke Nabawan pada tahun 1974 berikutan den penubuhan skim Nabawan yang diwujudkan khas oleh kerajaan USNO untuk menempatkan orang-orang kampung dan para petani yang mengamalkan pertanian pindah-randah (Shifting Cultivation) terutama sekali mereka yang tinggal di kawasan Pensiangan pada masa itu ke satu kawasan yang lengkap dengan kemudahan-kemudahan yang diperlukan dan membolehkan orang-orang kampung ini tinggal menetap satu kawasan.

Dengan pemindahan yang dirancang untuk melibat orang-orang yang dipindah ke kawasan skim ini dengan kegiatan pertanian terancang seperti tanaman pada bermusim; tanaman kopi dan sebagainya sebenarnya gagal mencapai matlamatnya. Kawasan skim yang diletakkan dibawah tanggungjawab Kementerian Pertanian dan Perikanan masih kekal dengan status Skim. Berdasarkan sejarah ringkas tersebut diatas inilah sebabnya daerah ini satu masa dulu lebih dikenali dangan nama Pensiangan sehinggalah sekarang ini nama Pensiangan masih juga digunakan selepas Nabawan – Nabawan, Pensiangan. Majlis Daerah masih menggunakan nama  daerah Pensiangan. Untuk makluman bahawa mengikut sejarah bahawa nama Pensiangan adalah merupakan nama daerah ini dan nama Nabawan adalah yang baru berikutan pemindahan stesen pentadbiran. Dan kesimpulannya, Nabawan adalah pusat pekan dan pentadbiran, manakalah Pensiangan adalah nama daerah.

Lokasi

Kedudukan Nabawan, Pensiangan adalah dikelilingi oleh sempadan dengan daerah Tawau dan Kinabatangan di sebelah Timur. Sempadan daerah-daerah Keningau dan Tenom disebelah barat manakala di sebelah selatan pula berkongsi sempadan antarabangsa dengan Kalimantan, Indonesia.

Keluasan daerah ialah 6089 km persegi – 608, 909 hektar / 1, 504, 675. 03 ekar, keluasan hutan simpan 486, 441.6 hektar, keluasan Tanah Kerajaan 121, 150.2 hektar, keluasan tanah yang ada hakmilik 1, 317.2 hektar.

Keadaan topografi adalah berbukit-bukau. Sebahagian besar daripada kawasan tanah rata yang terdapat di daerah ini terkandung dalam kawasan Hutan Simpan. Keluasan kawasan yang sesuai untuk pertanian  yang terkandung dalam tanah kerajaan ialah 30, 000 hektar.

Pelawat

Reserved 51.5% Reserved
United States 26.4% USA
Malaysia 19.8% Malaysia

Total:

52

Countries
00045233
Today: 5
This Week: 44
This Month: 398

Hubungi Kami

Alamat:

Pejabat Daerah,

Peti Surat Bil.66,

89957 Nabawan Pensiangan, Sabah,

Malaysia.

Tel. No: 087-366211

Fax: 087-366212

 facebook