Mukim & Kampung
Bilangan penduduk daerah ini menurut banci yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan pada tahun 1991 ialah 20, 132 orang (termasuk pekerja-pekerja di kilang-kilang Papan dan syarikat Pembalak yang datang dari luar daerah). Bilangan penduduk daerah ini mengikut banci tahun 1981 ialah 12, 000 orang. Walau bagaimanapun menurut laporan yang diterima daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) jumlah penduduk daerah ini telah mencapai 19, 276 orang (kiraan mengikut penduduk tempatan sahaja) banci tahun 2000.
Pecahan penduduk mengikut kaum :-
Murut - 87%
Lain-lain - 13% (Kadazan, Cina, Melayu dan lain-lain)
Kawasan Pilihanraya :-
N.38 Nabawan
P.182 Pensiangan