Sejarah / Asal- Usul Daerah
Kewujudan Daerah Nabawan sebagai salah sebuah daerah di Pedalaman bermula dibawah status Pejabat Daerah Kecil pada tahun 1920 dimana pusat pentadbiran pada masa itu berpusat di Pensiangan yang dianggarkan sejauh 115 kilometer daripada Nabawan (Pusat Pentadbiran pada masa ini). Perhubungan utama ke Pensiangan pada masa itu ialah melalui sungai dan berjalan kaki manakala Pegawai Daerah yang bertugas di Pensiangan pada masa itu dibekalkan kuda sebagai “kenderaan” untuk berulang-alik diantara Keningau (Pejabat Residen pada masa itu) dan Pensiangan. Penolong Pegawai Daerah yang yang pertama bertugas di Pensiangan ialah Mr. I.C Peck.
Pusat pentadbiran daerah ini berpindah ke Nabawan pada tahun 1974 berikutan den penubuhan skim Nabawan yang diwujudkan khas oleh kerajaan USNO untuk menempatkan orang-orang kampung dan para petani yang mengamalkan pertanian pindah-randah (Shifting Cultivation) terutama sekali mereka yang tinggal di kawasan Pensiangan pada masa itu ke satu kawasan yang lengkap dengan kemudahan-kemudahan yang diperlukan dan membolehkan orang-orang kampung ini tinggal menetap satu kawasan.
Dengan pemindahan yang dirancang untuk melibat orang-orang yang dipindah ke kawasan skim ini dengan kegiatan pertanian terancang seperti tanaman pada bermusim; tanaman kopi dan sebagainya sebenarnya gagal mencapai matlamatnya. Kawasan skim yang diletakkan dibawah tanggungjawab Kementerian Pertanian dan Perikanan masih kekal dengan status Skim. Berdasarkan sejarah ringkas tersebut diatas inilah sebabnya daerah ini satu masa dulu lebih dikenali dangan nama Pensiangan sehinggalah sekarang ini nama Pensiangan masih juga digunakan selepas Nabawan – Nabawan, Pensiangan. Majlis Daerah masih menggunakan nama daerah Pensiangan. Untuk makluman bahawa mengikut sejarah bahawa nama Pensiangan adalah merupakan nama daerah ini dan nama Nabawan adalah yang baru berikutan pemindahan stesen pentadbiran. Dan kesimpulannya, Nabawan adalah pusat pekan dan pentadbiran, manakalah Pensiangan adalah nama daerah.