Fungsi & Peranan Jabatan
- Merancang, mentadbir dan melaksanakan dasar dan program pembangunan sosio-ekonomi daerah selaras dengan dasar pembangunan kerajaan.
- Menyelaras segala aduan daripada rakyat, memberi khidmat nasihat dan perancangan serta penguatkuasaan undang-undang terhadap rakyat.
- Menyelaras pengawasan dan tindakan sesuai, yang melibatkan kerja atau tugas pelbagai jabatan atau agensi kerajaan di peringkat daerah.
- Berusaha mengurangkan kadar Rakyat Termiskin daerah serta menyediakan prasarana yang sempurna serta mewujudkan masyarakat luar bandar yang berdaya maju.
- Mewujudkan suasana aman dan harmoni dikalangan masyarakat dan memberi khidmat perundangan sertaberusaha meninggikan mutu perkhidmatan pejabat dan sebagai penghubung atau penyambung lidah kerajaan di peringkat daerah.