'Kalabakan' mendapat nama dari perkataan 'kalap angkan' maksudnya 'dapat makan' yang berasal dari bahasa suku kaum Tidong iaitu penduduk asal kampung ini.
Merupakan kampung tertua di sabah wujud sebelum merdeka lagi. Majoriti penduduk asal di kampung ini adalah suku Tidong dan Murut. Sekarang ini ia diduduki
oleh pelbagai bangsa dan suku kaum.
Pada 01 Januari 2019, Kalabakan telah menjadi sebuah daerah baharu di Sabah yang terletak di sebelah barat daerah Tawau dan jaraknya dari Bandar Tawau adalah
kira-kira 106 kilometer.
Pejabat Daerah Kalabakan merupakan penyelaras (Chief Coordinator) ke atas semua aktiviti pembangunan di peringkat daerah
dan sebagai cawangan tempatan kepada Urus Setia Negeri (State Secretariat) dan Kerajaan Persekutuan.
Mula beroperasi di bangunan tumpangan E-Desa Kalabakan pada 01 Januari 2019 sehingga bulan Mei 2019 sebelum berpindah di bangunan baharu.
Pejabat Daerah Kalabakan membawa objektif-objektif jangka panjang oleh kerajaan adalah selaras dengan Dasar Ekonomi Baru
iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat di Daerah Kalabakan.