Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sabah (Mudah Alih)

Polisi Privasi

Kerajaan Negeri Sabah menghormati sepenuhnya privasi anda semasa mengguna laman web ini. Bahagian ini menerangkan polisi privasi laman web ini dan juga perlindungan maklumat bagi setiap pengguna kami.

Maklumat yang Dikumpul

Kerajaan Negeri Sabah tidak akan mengumpul apa-apa maklumat peribadi pengguna laman web ini kecuali maklumat yang diberi oleh pengguna melalui e-mel, pendaftaran online dan juga sebarang borang online.

Maklumat yang Diguna

Sekiranya pengguna memilih untuk mengguna laman web ini, dan juga mereka dikehendaki membekal maklumat peribadi mereka, maklumat tersebut mungkin akan diguna oleh jabatan dan agensi Kerajaan yang lain, hanya sekiranya ia diperlukan. Sebagai contoh apabila pengguna menghantar pertanyaan mereka secara online dan ia perlu dimajukan kepada jabatan lain yang berkaitan untuk diselesaikan, maka maklumat tersebut akan dikongsi dengan jabatan/agensi yang berkaitan. Tujuan utama perkongsian maklumat tersebut ialah untuk memberi perkhidmatan kepada pengguna dengan cara yang paling efisien dan efektif.

Cookies

Portal Kerajaan Elektronik Sabah mengguna cookies untuk mengenalpasti pengguna yang kembali melawat laman web tersebut. Cookies tidak akan merekod sebarang maklumat di komputer pengguna dan juga tidak mengandungi sebarang maklumat peribadi atau sulit di dalamnya. Walau bagaimanapun, pengguna boleh mengubah pelayar web mereka dengan menolak penerimaan cookies atau membuang cookies daripada komputer mereka.

Pautan Pihak Ketiga

Portal Kerajaan Elektronik Sabah mempunyai pautan ke laman web Kerajaan dan badan bukan Kerajaan yang lain. Polisi Privasi ini hanya dipraktikkan bagi pengumpulan maklumat di Portal Kerajaan Elektronik Sabah ini. Pengguna perlulah sedar bahawa Kerajaan Negeri Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap amalan privasi laman web yang lain. Pengguna adalah dinasihatkan untuk membaca dan memahami pernyataan privasi bagi setiap laman web yang mereka layari.

Pindaan Polisi

Kerajaan Negeri Sabah berhak meminda pernyataan Polisi Privasi pada bila-bila masa. Sebarang pindaan akan dikemaskini di laman web ini untuk memaklumkan kepada pengguna mengenai perlindungan privasi yang terdapat di laman web ini.

Pertanyaan mengenai Polisi Privasi

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai Polisi Perlindungan Privasi, sila e-mel webmaster [at] sabah [dot] gov [dot] my.

Hakcipta terpelihara
© Kerajaan Negeri Sabah

Dibangunkan Oleh
Digital Heritage Sdn Bhd