Hubungi Kami | Soalan Lazim | Panduan | Bantuan | Peta Laman language:
Color:
Laman Web Rasmi
MAJLIS DAERAH TENOM




Berapakah bilangan PBT yang terdapat di Sabah sekarang?

Di Sabah mempunyai 24 PBT.

Apakah itu Cukai Taksiran Am?

Cukai Taksiran Am atau Cukai Pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar yang terletak di dalam Kawasan Operasi Majlis Daerah Tenom. seperti:-

  • Bangunan Kediaman (Pangsapuri, Rumah Pangsa, Rumah Teres, Rumah Sesebuah, Banglo dan lain-lain)
  • Bangunan Perniagaan / Perdagangan (Kedai, Rumah Kedai, Kedai Pejabat, Kompleks Perniagaan, Hotel dan lain-lain)
  • Bengkel, Stesen Minyak dan Panggung Wayang
  • Bangunan Perindustrian (Kilang, Gudang, Loji, Depo, Pencawang dan lain-lain)

Apakah perbezaan antara Majlis Daerah / Majlis Perbandaran dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)? Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut:

  • Majlis / Dewan Bandaraya
  • Majlis Perbandaran
  • Majlis Daerah

  • Majlis / Dewan Bandaraya ialah Majlis Perbandaran yang dinaikkan taraf bandaraya setelah memenuhi kriteria tertentu. Kriteria bagi Majlis / Dewan Bandaraya ialah jumlah penduduk yang melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM20 juta.
  • Majlis Perbandaran lebih tertumpu kepada bandar urban jika dibandingkan dengan Majlis Daerah dan mempunyai penduduk dan hasil yang melebihi Majlis Daerah. Kriteria bagi Majlis Perbandaran ialah jumlah penduduk yang melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM5 juta.
  • Majlis Daerah lebih tertumpu kepada luar bandar rural-based. Kriteria bagi Majlis Daerah ialah jumlah penduduk kurang daripada 100,000 orang dan hasil tahunan kurang daripada 5 juta.


Apakah warna tong kitar semula?

Warna tong kitar semula adalah seperti berikut :

  • Warna Biru - Untuk kertas
  • Warna Jingga - Untuk tin aluminium, tin keluli dan plastik
  • Warna Coklat - Untuk kaca

Bilakah tarikh sambutan Hari Kitar Semula Peringkat Kebangsaan?

  • Hari Kitar Semula Peringkat Kebangsaan disambut pada 11hb November setiap tahun.

Jika terdapat sebarang pertanyaan dan inginkan keterangan yang lebih terperinci, sila hubungi :-

Nama :Robert Malangkig (Pegawai Eksekutif)
Nama : Sami Jiman(Pen.Peg.Eksekutif)
Nama : Roland Rujit (ICT)
Bahagian/Unit : Pengurusan / Pentadbiran Dan ICT
No. Telefon : 087-735553 / 087-735557
Email : jaiping.minsu@sabah.gov.my
Email : sami.jiman@sabah.gov.my
Email : roland.rujit@sabah.gov.my


Hakcipta Terpelihara @ Majlis Daerah Tenom
Tarikh dikemaskini : 23/1/2019

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Web Master
| Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |
Bilangan Pelawat