SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI
MAJLIS DAERAH TAMBUNAN.....
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia kepada para pelawat Laman Web Rasmi Majlis Daerah Tambunan. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam membangunkan Laman Web Rasmi Majlis Daerah Tambunan.
Melalui pembangunan dan pengwujudan laman web ini, diharapkan ianya dapat memberikan maklumat-maklumat yang dikehendaki oleh para pelanggan iaitu mengenai sejarah, latar belakang Jabatan, senarai perkhidmatan yang disediakan, berita atau program terkini anjuran Jabatan ini dan sebagainya.
Majlis akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi kehendak pelanggan dan akan memberikan maklumat yang terkini dan dikemaskini dari masa ke semasa demi untuk memberi kepuasan hati pelanggan khususnya para pelanggan yang mempunyai urusan rasmi dengan Jabatan ini.
Bagi pihak Majlis Daerah Tambunan, saya memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan, kelemahan atau kecacatan yang tidak disengajakan dalam laman web ini, adalah sangat diharapkan sebarang komen atau cadangan daripada para pelawat laman web ini akan dapat dikemukakan kepada pihak Majlis untuk tujuan penambahbaikan laman web ini.
Sekian dan Terima Kasih
[JUPIRIN HJ. RUHIMIN] Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Tambunan |