Pulau Sekitar Semporna

Semporna terkenal dalam kalangan pelancong tempatan dan asing sebagai 'gerbang utama' ke 49 buah pulau cantik di Negeri Sabah. Dikurniakan kekayaan budaya, adat resam, bahasa dan keindahan alam semula jadi. Semporna popular dan sering menjadi bualan pelancong sebagai pusat scuba diving dan aktiviti air bertaraf dunia. Hal ini menjadikan pelancongan  sebagai sektor utama di daerah ini. Selain keindahannya, pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan perayaan menjadi tarikan utama. Pulau-pulau yang cantik dan kaya dengan kepelbagaian kehidupan akuatik. Keadaan Perairannya yang jernih bak kristal menarik minat pengemar flora dan fauna untuk menjelajah.

Mobirise

Taman Marin Tun Sakaran

Taman Marin Tun Sakaran atau Tun Sakaran Marine Park (TSMP) terletak di pintu masuk Teluk Darvel, di pinggir pantai Timur Sabah berhampiran pekan Semporna, mengambil masa sekitar 45 minit dengan menaiki bot laju. Telah diwartakan pada bulan Julai 2004 sebagai taman ketujuh Sabah. Taman ini adalah Taman Laut terbesar dan meliputi 340 kilometer persegi laut dan terumbu karang dan 10 kilometer persegi daratan.

Objektif utamanya adalah untuk melindungi persekitarannya serta pemuliharaan sumber asli. Secara geologi, pulau-pulau terbentuk dari bahan piroklastik quaternary, yang dikeluarkan oleh aktiviti gunung berapi meletup pada suatu ketika dahulu sehingga terbentuknya Pulau Bodgaya, Boheydulang, Tetagan, Selakan, Sebangkat, Maiga, Sibuan dan Mantabuan. TSMP adalah salah satu tempat kegemaran para penyelam dan terdapat juga bukit yang menarik untuk aktiviti memanjat tebing.

Dari kajian ilmiah yang dilakukan oleh Dr. Elizabeth Wood selama lebih dari 20 tahun, didapati bahawa kekayaan hidupan laut di TMTS setara dengan kehidupan laut 'Great Barrier Reefs' di Australia.

MABUL terletak di pesisir pantai tenggara Negeri Sabah, Malaysia. Pulau ini kecil dan melengkung dan terdapat banyak jenis batu karang yang menjadi tumpuan pelbagai jenis ikan marin. Dasar yang tidak dalam amat sesuai untuk melakukan scuba diving. Pulau ini juga terletak berhampiran dengan Pulau Sipadan

Mobirise

KAPALAI adalah kawasan yang cukup sesuai untuk membuat aktiviti snorkeling dan scuba. Terletak kira-kira 15 kilometer daripada Pulau Sipadan. Selain menjadi syurga penggemar sukan snorkeling dan scuba, tempat ini juga menjadi tumpuan bagi pasangan berbulan madu.

Mobirise

MATAKING Terletak di Laut Celebes di negeri Sabah, mengambil masa kurang daripada 1 jam dengan menggunakan bot untuk sampai ke Mataking dari bandar tanah besar Semporna. Saiz pulau tersebut kira-kira 40 ekar dan terletak di pinggir pelantar benua yang dikelilingi oleh pinggiran terumbu karang keras dan lembut. Pemandangan Tempat ini memang cantik dan suasana yang sungguh tenang.

Mobirise

SIPADAN Pulau Sipadan sangat terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam juga antara yang terbaik di dunia. Pulau Sipadan telah diundi sebagai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun berakhir Julai 2009 oleh New 7 Wonders of Nature votes committee.

Mobirise

POM POM Pulau ini mempunyai pantai karang pasir berwarna putih dan merupakan tapak lokasi penting untuk Green dan Hawksbill sejenis penyu bersarang dan bertelur. Pulau ini tidak mempunyai kampung, kesan manusia yang minimum, tiada pencemaran dan merupakan salah satu destinasi menyelam yang popular di daerah Semporna.

Mobirise

SIBUAN Pulau ini pernah menjadi tumpuan penyelam sebelum Pulau Sipadan dan pulau-pulau lain menjadi terkenal. Pulau ini terletak di dalam rangkaian Taman Marin Tun Sakaran.

Mobirise

BOHEY DULANG
Pulau ini terletak di pantai timur negeri Sabah di Malaysia dan merupakan pulau yang terbesar dalam Taman Marin Tun Sakaran. Pulau ini mempunyai keluasan 7.96 km2. Pulau Bohey Dulang bersama-sama dengan Pulau Bodgaya dan terumbu sekitarnya adalah sisa-sisa gunung berapi yang telah pupus.

Mobirise

BUM BUM 
terletak di pesisir pantai tenggara Negeri Sabah, Malaysia. Pulau ini kecil dan melengkung dan terdapat banyak jenis batu karang yang menjadi tumpuan pelbagai jenis ikan marin. Dasar yang tidak dalam amat sesuai untuk melakukan scuba diving. Pulau ini juga terletak berhampiran dengan Pulau Sipadan

Mobirise
Mobirise

Regatta Lepa

Pesta Regatta Lepa-Lepa yang disambut pada bulan April setiap tahun. Ia merupakan karnival kebudayaan dan tradisional masyarakat Bajau di daerah ini. Pesta ini diwarnai dengan persembahan tarian nyanyian tradisi, pertandingan bot laju, Lepa Cantik, Ratu Lepa dan banyak lagi.

Mobirise

Pesta Regatta Lepa Semporna:
Meraikan Sejarah dan Warisan Bangsa

Diperkenalkan pada tahun 1994 oleh Majlis Daerah Semporna bagi meraikan warisan sejarah etnik Bajau di Semporna agar tidak luput ditelan zaman.

Airport Village Stay
Arung Hayat Sea Adventures  
Atine Semporna Backpackers Hostel
Bambo Homestay
Best Assent 
Best Bunk Beds
Borneo Global Sipadan Backpackers
Bubul Paradise Inn
Bubul Village Stay
Changess Of Maydin Lodge
City Inn
Coco Scuba Inn
Cube Bed Station
Damai Travellars Lodge 28
Dragon Inn
Dream Home
Grace Hotel
Grand Inn
Green World Hotel
Han Palace Hotel
Holiday Dive Inn 
Hotel / Penginapan Sipadan Pom-Pom
Huaqiou Home
Island Backpackers
Island Guest House
Jeff Backpackers Lodge
Mabul Beach Resort
Mermaid Inn
Ocean Inn
Pacific Inn
Pearl Hotel
Pegagau Point Transit Lodge
Penginapan Mabul Hometown
Penginapan Nafisah
Poga Backpackers
Regata Inn
Resort and Tours 
Seafest Hotel
Seaview Inn
Semrock Hotel 
Sipadan Inn
Sipadan Inn 2
Sipadan Mabul Resort 
Sipadan Nusa Kuya Resort & Tours 
Sipadan Palm Resort Sdn. Bhd
Summer Holiday
Sutera Homestay
Syarikat My Rainforest Homestay
TD Mutiara Hotel
Wanderer's Inn
Wave View Hotel
Wings Hotel
Wook Wook Homestay 

Mobirise

Tempat Berkunjung

Muzium Tun Sakaran Semporna
Bukit Tengkorak Semporna
Ocean Tourism Center Semporna (Floating)
Borneo Proboscis River Cruise Semporna

Makanan Tempatan

Restoran Kampungku
Restoran Sri Melor

Makanan dari Luar

McDonald's Semporna 
KFC Semporna
Pizza Hut Semporna
Starbucks Kafe Semporna
Tealive Semporna

Mobirise
Mobirise