PROFIL MAJLIS DAERAH SEMPORNA

Perutusan

Mobirise

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, dengan limpah kurnia dan izin Allah S.W.T, dapat kita bersua dan berkesempatan melaksanakan amanah yang diberi.

Majlis Daerah Semporna (MDS) sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertanggungjawab memberikan kualiti perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik kepada masyarakat tempatan di daerah Semporna. Sehubungan dengan itu, sebagai Pegawai Eksekutif, saya akan memastikan bahawa tanggungjawab tersebut dapat dilaksanakan dengan cemerlang.

Di kesempatan ini, saya memohon agar pelbagai pihak dapat memberi sokongan bagi membantu Majlis Daeerah Semporna mewujudkan pembangunan mampan iaitu pembangunan yang berterusan untuk menjamin keselesaan komuniti masyarakat daerah Semporna dan pembangunan yang seimbang berteraskan kepentingan ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Bentuk sokongan yang diperlukan daripada Jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan, pihak swasta khususnya syarikat pemaju, syarikat kontraktor, Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan komuniti setempat adalah dengan bersama-sama merencanakan pembangunan kawasan perkadaran Majlis Daerah Semporna, menyertai program-program sosio-kemasyarakatan yang dilaksanakan, melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai, sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan yang digunapakai oleh Majlis Daerah Semporna, memelihara kebersihan persekitaran, menghargai harta awam dan mengemukakan cadangan dan pandangan khususnya berkaitan mutu sistem penyampaian Majlis Daerah Semporna kepada masyarakat.

Dengan kerjasama dan restu berpanjangan daripada semua pihak, semoga matlamat Majlis Daerah Semporna untuk mewujudkan sebuah kawasan yang sentiasa bersih dan indah, selesa, harmoni dan maju dalam pelbagai bidang dan seterusnya menjadi sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang cemerlang dan terbilang di Malaysia akan datang.

Diharap dengan adanya laman web ini, penyampaian perkhidmatan Majlis Daerah Semporna dapat dipertingkatkan lagi dan usaha untuk memperbaikinya akan ambil perhatian bagi memenuhi kehendak masyarakat dari semasa ke semasa.
Sekian dan salam Hormat,

Ke Arah Perkhidmatan Telus, Bijaksana dan Efektif.

ALI ADAM BIN HAMJAH 
Pegawai Eksekutif,  
Majlis Daerah Semporna.

Carta Organisasi

Mobirise

Fungsi

  1. BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN - Berfungsi dalam perkara pentadbiran am, sumber manusia, ICT, khidmat pelanggan, aset dan stor, surat menyurat, pelantikan dan hal ehwal kakitangan.
  2. BAHAGIAN KEWANGAN - Berfungsi dalam perkara kaunter bayaran lesen dan cukai, tuntutan penerimaan, pembayaran peruntukan kerajaan negeri dan persekutuan, pembayaran tuntutan perbelanjaan dan pembayaran gaji kakitangan.
  3. BAHAGIAN KEJURUTERAAN - Berfungsi dalam perkara permohonan / kelulusan plan pembangunan dan plan bangunan, pelaksanaan projek negeri dan persekutuan serta melaksanakan projek kerja-kerja kecil di kawasan perkadaran.
  4. BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN - Berfungsi dalam perkara kebersihan pekan, pantai, lanskap dan taman perumahan, penyelenggaraan tapa-tapak pelupusan / pengumpulan sampah, kawalan kebersihan premis-premis makanan, gerai, kawalan kebersihan tandas awam, taman awam dan pasar awam.
  5. BAHAGIAN PENGUATKUASAAN - Berfungsi dalam perkara kawalan peniaga-peniaga di kawasan perkadaran, pekan dan pasar. Penguatkuasaan Undang-Undang Kecil Penjaja /  Pasar, kawalan aktiviti tamu minggu dan gerai malam.

Objektif

Undang-Undang Kecil - Menguatkuasakan Undang-Undang Kecil di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan 1961.

Percukaian - Mengutip cukai di kawasan perkadaran PBT.

Pengurusan - Mentadbir, mengurus kewangan, merancang pembangunan dan menyediakan perkhidmatan di kawasan perkadaran.

Dasar Kerajaan - Melaksanakan dasar-dasar kerajaan.

Perkhidmatan - Memberikan khidmat kemasyarakatan kepada penduduk setempat.

Misi dan Visi

Misi - Sebagai Penggerak Utama Perancangan, Pembangunan dan Menyediakan Perkhidmatan Kemasyarakatan di Dalam Kawasan Perkadaran Majlis Dengan Lebih Teratur.

Visi - Ke Arah Menjadikan Pekan Semporna Sebagai Pekan Yang Bersih, Indah dan Maju.

Piagam Pelanggan

Komitmen dalam menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.

Memberi perkhidmatan awam dengan cepat, tepat dan memuaskan berdasarkan jadual yang telah ditetapkan.

Berusaha menjadikan Semporna sebagai sebuah pekan pelancongan yang maju, bersih dan indah.

Memberi layanan yang mesra dan adil kepada semua pihak. 
Bersedia untuk memberi dan menerima teguran membina demi kemajuan dan kepentingan semua pihak.

Logo

1

Warna hijau

Melambangkan kesuburan dan kemakmuran daerah Semporna.

2

Warna kuning

Melambangkan kedaulatan bangsa di Semporna.

3

Warna biru

Melambangkan simbol geografi keseluruhan daerah Semporna.

4

Warna emas

Melambangkan kekuasaan utama untuk terus unggul dan berkekalan.

5

Warna merah dan hitam putih

Melambangkan ketegasan dan kecekapan Majlis Daerah Semporna dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan.

Mobirise

Ikon Ikan

"Yellow Fin" dan "Blue Fin" yang merupakan sumber eksport utama Daerah Semporna.

Mobirise

Ikon Lepa

Warisan bangsa Daerah Semporna dan sambutan Pesta Regatta Lepa-Lepa.

Mobirise

Ikon Pelancongan, Pulau dan Chalet

Sumber ekonomi utama Daerah Semporna selain dari Pertanian dan Perikanan. Pulau-pulau antara tarikan antarabangsa yang mengelilingi daerah Semporna.

Mobirise

Ikon Kelapa Sawit

Sumber ekonomi Semporna.

Mobirise

Ikon Industri

Kesejahteraan, teknologi dan kuasa untuk produktiviti.