Aktiviti

Mobirise

KURSUS PENGURUSAN FAIL DAN REKOD MAJLIS DAERAH SEMPORNA

Kursus yang berlangsung pada 9/11 - 10/11/2021 melibatkan semua kakitangan yang bertanggungjawab dalam pengurusan fail daripada bahagian Pentadbiran, Pembangunan, Kewangan, Kesihatan dan Penguatkuasaan. Kursus ini adalah atas inisiatif Pegawai Eksekutif dengan kerjasama Jabatan Arkib Negeri yang berlangsung selama 2 hari di pejabat Majlis Daerah Semporna. Kursus ini juga telah memberi kesedaran terhadap betapa pentingnya pengurusan fail dan rekod dalam sesuatu organisasi bagi memastikan  jabatan itu akan berjalan dengan lebih teratur.

Mobirise

BENGKEL PENGURUSAN DAN PENULISAN MINIT MESYUARAT

Bengkel Pengurusan Mesyuarat dan Penulisan Mesyuarat Majlis Daerah Semporna Anjuran Bersama Bahagian Pembangunan Insan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dijalankan selama 3 hari pada 25 hingga 27 Ogos 2020.

Mobirise

MAJLIS PERASMIAN PROJEK PERINTIS BOT PEMUNGUT SAMPAH TERAPUNG

Majlis Perasmian Projek Perintis Bot Pemungut Sampah Terapung yang telah disempurnakan oleh Ybhg. Tuan Stanley Chong Hon Chung Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah pada 12 Januari 2020.

Mobirise

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA BERSAMA PENDUDUK KG. PERIGI, KG. SABDI, KG. RAHMAN SEMPORNA

Program Gotong Royong Perdana bersama penduduk kampung di Kg. Sabdi, Kg. Rahman dan Kg. Perigi Semporna pada 15 Disember 2019.

Mobirise

Disinfeksi Daerah Semporna

Disinfeksi ini berlangsung sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.

Designed with Mobirise - Check it