Acara Akan Datang
Info Semasa
ORDINAN KERAJAAN TEMPATAN, 1961
(ORDINAN NO. 11 1961)(PINDAAN 2000)
NOTIS PENILAIAN HARTA BERKADAR
MAJLIS DAERAH PAPAR
(KAWASAN PERCUKAIAN, 2016)
Berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan Ordinan Kerajaan Tempatan 1961, iaitu seksyen 74 dan 77, pembayar cukai dengan ini dimaklumkan bahawa Majlis Daerah Papar telah menjalankan penilaian ke atas semua yang boleh dikenakan kadaran di dalam kawasan “Operasi” Majlis Daerah Papar bagi tahun 2016 termasuk penilaian hartanah khas dan senarai Penilaian bagi harta-harta tersebut telah disediakan. Kawasan ‘Operasi’ Majlis Daerah Papar meliputi :
Pekan Kinarut
Taman Palm Beach Villas
Kampung Samboi
Kampung Anak
Jalan Baru Kinarut – Papar
Kampung Pantai Bundusan
Kampung Buang Sayang
Perumahan Kuala
Kampung Takis
Kampung Sungai Padang
Kampung Kelanahan
Kampung Berundung
Kampung Ulu Sapat
Kampung Liwagu
Ulu Kimanis
Kampung Andus
Kampung Lanas
Kampung Brunei
Kampung Padang
Kampung Tarap Bongawan
atau kawasan-kawasan spesifik lain yang diarahkan oleh Majlis daerah Papar. Senarai penilaian dan salinanya boleh disemak dan diperolehi di Pejabat Majlis daerah Papar pada waktu pejabat.
Sesiapa yang ingin membuat bantahan terhadap penilaian tersebut hendaklah memberi notis bertulis kepada Pengerusi Majlis Daerah Papar sekurang-kurangnya 6 hari sebelum 07.04.2020 iaitu pada tarikh yang ditetapkan bagi pendegaran bantahan.Setiap Notis hendaklah menyatakan dengan jelas amaun penilaian yang dianggap oleh pembantah sebagai munasabah untuk menggantikan amaun yang dinyatakan di dalam Senarai Penilaian serta alasan-alasan bantahan bersama dengan maklumat-maklumat berkaitan. Yuran sebanyak RM 10.00 (Ringgit Malaysia sepuluh Sahaja) juga hendaklah disertakan.
Diperbuat di Papar pada 05 Mac 2020
Muat Turun Borang Bantahan Klik : Disini
KINI ATAS TALIAN (live chat)
Di Ruangan Aduan/Komen/Cadangan/Maklumbalas
Jadikan kawasan kita zon bebas sampah.
Bersama kta menegur dan melaporkan perbuatan Kutu Sampah.
Denda sehingga RM5,000.00 atau kompaun sehingga RM500.00
Undang-Undang Anti Sampah (Anti-Litter) By-Laws, 1984.
"ANDA SEDANG DIPERHATIKAN"
KINI ATAS TALIAN (live chat)
Di Ruangan Aduan/Komen/Cadangan/Maklumbalas
PEMBAYARAN CUKAI PINTU/KADARAN
Boleh dibuat di Kaunter Pungutan, Bangunan Majlis Daerah Papar.
Bil hendaklah dikemukakan semasa membuat pembayaran.
Tunai, Kad Kredit / Kad Debit
Pembayaran Melalui cek atas nama "MAJLIS DAERAH PAPAR"(Akaun Syarikat Sahaja)
Suku Tahun Pertama.~ Januari.- Mac
Suku Tahun Kedua ~ April - Jun
Suku Tahun Ketiga ~ Julai - September
Suku Tahun Keempat ~ Oktober - Disember
Resit yang dicetak dengan mesin atau yang ditulis dan ditandatangai akan dikeluarkan bagi setiap pembayaran
Pembayaran Cukai Pintu
Pembayaran Cukai Tanah ( Land SES )
Pembelian kad kesihatan
Pembayaran borang sebutharga dan projek pembangunan
Pembayaran Proses lesen-lesen berniaga & operasi
Pembayaran sewa-sewa kemudahan awam
Masa perkhidmatan kaunter ini adalah :
Isnin - Khamis |
8.00 Pagi |
1.00 Petang |
Jumaat |
TUTUP |
TUTUP |
Bayar Cukai perkadaran anda melalui JomPay :
Laman Utama
Pengenalan :
- Ditubuhkan pada 01 Januari 1962 (di bawah Seksyen 3 LGO 1961)
- Luas Kawasan Perkadaran – 2,777 ekar/1123.97 hektar
- Merangkumi 5 pekan utama (Papar, Kinarut, Lok Kawi, Bongawan & Kimanis)
- Perluasan Kawasan Perkadaran ke seluruh daerah – tertakluk kepada pelaksanaan pembangunan.
- PAPAR 329.85 hektar/815 ekar
- KINARUT 448.11 hektar/1107 ekar
- LOK KAWI 45.32 hektar/112 ekar
- BONGAWAN 12.55 hektar/31 ekar
- KIMANIS 288.14 hektar/712 ekar
Peranan :
- Merancang pembangunan di kawasan perkadaran.
- Menjaga dan memantau kebersihan kawasan pekan.
- Mengujudkan infrastruktur dan kemudahan sosial.
- Menguatkuasakan Undang-undang dan Peraturan-peraturan.
- Menyediakan peluang-peluang perniagaan kepada masyarakat setempat.