FUNGSI DAN PERANAN MAJLIS DAERAH KUNAK


01. Untuk menjalankan semua fungsi-fungsi seperti yang dicatatkan di dalam surat cara Majlis Daerah Kunak.
02. Berusaha sejauh mana yang mungkin untuk berdikari dari segi kewangan supaya tidak terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan dalam menjalankan fungsi-fungsi tersebut.
03. Menjadi rakan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan projek-projek pembangunan.
04. Mendukung cita-cita untuk menuju kearah Kerajaan Tempatan yang Bersih, Cekap dan Amanah.
05. Untuk mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru selaras dengan Dasar Kerajaan Negeri dan Persekutuan khususnya dan secara tidak langsung juga mencapai Dasar Pembangunan Negara dan wawasan 2020.
06. Untuk melaksanakan fungsi-fungsi yang lain sebagaimana diarah oleh Kerajaan Negeri dari masa ke semasa.
07. Merancang, menyedia dan mengemaskinikan semua peraturan dan undang-undang.
08. Merancang, mengemaskinikan dan menyesuaikan pelan-pelan tempatan, pelan-pelan zon dan teratur kawasan pecan.
09. Mewujudkan komiti-komiti atau jawatankuasa-jawatankuasa serta mengadakan mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan.
10. Mengadakan dan mewujudkan perhubungan-perhubungan yang positif dengan mana-mana pihak yang berkaitan.
11. Meningkatkan kualiti dan kesedaran perkhidmatan dan personel.
12. Kutipan-kutipan cukai dan lesen dan tapak perniagaan.
13. Menyediakan kemudahan-kemudahan awam.