Sebagai sebuah Badan Berkanun Kerajaan Negeri Sabah di bawah naungan Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah, Lembaga Sukan Negeri Sabah adalah bertanggungjawab secara langsung dalam menjalankan aktiviti-aktiviti mengikut matlamat atau fungsi Lembaga.

Dasar-dasar pelaksanaan aktiviti Lembaga adalah ditetapkan oleh satu Lembaga Pengarah yang terdiri daripada 14 orang ahli. Walaubagaimanapun, pada masa ini, Lembaga Sukan Negeri Sabah hanya terdapat sepuluh (10) orang ahli Lembaga.