Skim Bantuan Pengusaha Akuakultur (SBPA)

Skim Bantuan Pengusaha Akuakultur (SBPA)

Peranan utama KO-NELAYAN adalah memberi kemudahan pinjaman kepada masyarakat nelayan khasnya dan pengusaha perikanan amnya.

Sample project image
Objektif

Skim Bantuan Pengusaha Akuakultur (SBPA) Membantu meningkatkan pendapatan dan mempelbagaikan punca pendapatan nelayan tradisional dan pengusaha kecil akuakultur melalui pinjaman berbentuk modal pusingan dan peralatan yang disediakan dengan caj perkhidmatan yang rendah.

Jenis Bantuan

Skim Bantuan Pengusaha Akuakultur (SBPA) menyediakan kemudahan Bantuan Kredit dalam perusahaan akuakultur seperti berikut:

1) Ternakan dalam kolam
2) Ternakan dalam sangkar
3) Ternakan ikan hiasan
4) Ternakan rumpai laut
5) Alat menangkap ikan / Kelong / Bubu / Bayang
6) Akuaponik
7) Modal Pusingan
Siapakah yang layak memohon?
  • Nelayan Tradisional
  • Pengusaha Kecil Akuakultur
  • Nelayan atau Individu yang mempunyai pengalaman dalam bidang akuakultur

Kriteria Permohonan

Pemohon yang berminat mendapatkan bantuan Pembangunan Industri Kecil Perikanan (PIKP) perlu mempunyai syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:

Had Umur

18 - hingga 60 Tahun

Warga Sabah

Warganegara Malaysia (Penduduk tempatan negeri Sabah)

Akuakultur

Berkecimpung dalam bidang akuakultur.

Pemilikan Tanah

Projek akuakultur yang diusahakan hendaklah di atas tanah milik sendiri, pemilikan tanah TOL atau mendapat kebenaran daripada pemilik tanah.

Surat Kebenaran

Surat kebenaran penggunaan tapak daripada pihak yang berkaitan hendaklah dikemukakan bagi ternakan dalam sangkar terapung

Rancangan Perniagaan

Kertas kerja Projek (Rancangan Perniagaan) perlu disediakan oleh pemohon berserta dengan senarai peralatan.

Penjamin/Cagaran

Penjamin atau cagaran yang nilainya tidak kurang daripada nilai pinjamannya


a) RM20,000.00 ke bawah - Seorang penjamin
b) Melebihi RM20,000.00 - Dua orang Penjamin
Had Pinjaman

Had maksima Pinjaman adalah RM40,000.00 Sahaja.


Tatacara Permohonan

1) Semua borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Ibu Pejabat KO-NELAYAN atau Pejabat Wilayah KO-NELAYAN di daerah masing-masing.