Skim Bantuan Nelayan (SBN)

Skim Bantuan Nelayan (SBN)

Sektor Perikanan adalah merupakan sektor yang penting kepada ekonomi Negara. Walaupun pada masa ini sumbangan pendapatan daripada nya masih pada tahap yang minimum tetapi dianggap penting khususnya kepada ekonomi Negeri Sabah.

Sample project image

Sample project image

Sample project image
Objektif

Membekalkan alat-alat perikanan seperti Enjin Sangkut, Perahu, Pukat dan Tong Ais dalam bentuk kredit dengan kadar kos perkhidmatan yang rendah kepada nelayan tradisi.

Jenis Bantuan Pinjaman

Skim Bantuan Nelayan menyediakan kemudahan pinjaman berbentuk alat-alat penangkapan ikan seperti berikut:

1) Enjin Sangkut
  • 6 Kuasa kuda hingga 40 kuasa kuda

2) Pukat
  • Pukat Tangsi
  • Rantau
  • Pukat jenis lain

3) Perahu
  • Kayu
  • Fiberglass

4) Echo Sounder
5) GPRS
6) Peralatan Asas
  • Pendayung
  • Jaket Keselamatan
  • Sauh

Syarat-Syarat Pinjaman

Nelayan yang berminat mendapatkan kemudahan pinjaman Skim Bantuan Nelayan (SBN) perlu mempunyai syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:

Seorang Nelayan

Pemohonn hendaklah menjalankan aktiviti menangkap ikan atau seorang nelayan sepenuh masa.

Had Umur

18 - hingga 55 Tahun

Warga Sabah

Warganegara Malaysia (Penduduk tempatan negeri Sabah)

Lesen

Memiliki Lesen Perahu dan Lesen Perikanan yang sah

Had Pinjaman

Had Maksima pinjaman adalah Rm10,000.00 Sahaja.


Tatacara Permohonan

1) Semua borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Ibu Pejabat KO-NELAYAN atau Pejabat Wilayah KO-NELAYAN di daerah masing-masing.