Pembangunan Industri Kecil Perikanan (PIKP)

Pembangunan Industri Kecil Perikanan (PIKP)

Pembangunan Industri Perikanan (PIKP) merupakan program KO-NELAYAN yang khusus untuk memberi kemudahan pinjaman kepada pengusaha-pengusaha yang menjalankan aktiviti pemprosesan makanan daripada hasil-hasil laut. Selaras dengan matlamat KO-NELAYAN untuk memperbaiki sosial ekonomi masyarakat nelayan dengan mengenalpasti produk-produk daripada perusahaan hiliran perikanan yang boleh dibangunkan.

Sample project image

Sample project image
Objektif

Membantu menyediakan pinjaman dengan kadar kos perkhidmatan yang rendah kepada Persatuan Nelayan, ahli dan mana-mana nelayan perseorangan, berkumpulan atau institusi yang berdaftar bagi tujuan penyediaan modal pusingan, pembelian peralatan pemprosesan dan pembinaan pusat pemprosesan hasil-hasil perikanan.

Jenis Bantuan

Pembangunan Industri Kecil Perikanan (PIKP) menyediakan kemudahan bantuan pinjaman seperti berikut:

1) Modal Pusingan
  • Perseorangan / Berkumpulan : RM 1,000.00 - RM 10,000.00
  • Persatuan / Institusi (Maksima) : RM 10,000.00

2) Peralatan
  • Mesin Penyahtulang
  • Mesin Menguli
  • Mesin Pembentuk Bebola
  • Mesin Pembungkus
  • Mesin Pemotong
  • Mesin Mengering
  • Mesin Janakuasa
  • Bilik Sejuk/Peti Sejuk
  • Pondok Pemporsesan
  • Tempat Penjemuran

  • Permohonan pembelian peralatan pemprosesan makanan laut selain daripada yang dicadangkan juga akan dipertimbangkan.


Pembangunan Industri Perikanan (PIP)

Pemohon yang berminat mendapatkan bantuan Pembangunan Industri Kecil Perikanan (PIKP) perlu mempunyai syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:

Nelayan / Pengusaha Hiliran Perikanan

Nelayan perseorangan, berkumpulan / Persatuan atau Institusi yang berdaftar di bawah industri perikanan

Had Umur

18 - hingga 55 Tahun

Warga Sabah

Warganegara Malaysia (Penduduk tempatan negeri Sabah)

Had Maksima

a) Perseorangan - RM20,000.00
b) Berkumpulan/Persatuan/institusi- RM100,000.00

Penjamin/Cagaran

Penjamin atau cagaran yang nilainya tidak kurang daripada nilai pinjaman.

Aktiviti Perusahaan Hiliran

Keutamaan kepada pemohon yang telah memulakan aktiviti pemprosesan industri hiliran Perikanan.


Tatacara Permohonan

1) Semua borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Ibu Pejabat KO-NELAYAN atau Pejabat Wilayah KO-NELAYAN di daerah masing-masing.