Aktiviti Terkini

Lawatan Ketua Menteri Sabah dan Timbalan Ketua Menteri Sabah

Lawatan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah bersama Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan Timbalan Ketua Menteri l merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) ke tapak gerai pameran dan jualan KO-NELAYAN pada 30 Mei 2023 sempena sambutan Pesta Kaamatan peringkat Negeri Sabah 2023 bertempat di Hongkod Koisaan KDCA, Penampang.

Rombongan lawatan ini disambut mesra oleh Tn. Salleh Hj. Obong Penolong Pengurus Besar (PPS) KO-NELAYAN diiringi bersama Pn. Fauziah Hj. Ngaimin, Ketua Unit Komunikasi Korporat KO-NELAYAN yang memberi perkongsian mengenai produk keluaran KO-NELAYAN dan usahawan bimbingan KO-NELAYAN.