Fungsi dan Tanggungjawab Ko-Nelayan

: Dikemaskini
: 11 Ogos 2020
by : Webmaster : Ko-Nelayan

TANGGUNGJAWAB DAN FUNGSI ORGANISASI


KO-NELAYAN telah ditubuhkan pada 16 September 1978 sebagai sebuah Koperasi dengan nama KOPERASI SERBAGUNA NELAYAN SABAH BERHAD (KO-NELAYAN) di bawah Ordinan Syarikat Kerjasama Negeri Sabah. Pada 20 April 1981, Koperasi ini dibubar dan ditukar menjadi sebuah Badan Berkanun dengan nama KORPORASI KEMAJUAN PERIKANAN DAN NELAYAN SABAH (KO-NELAYAN).

KO-NELAYAN telah diwujudkan melalui Enakmen No. 4 tahun 1981 oleh Dewan Undangan Negeri Sabah bagi mengambil alih fungsi-fungsi Koperasi. Badan baharu ini diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah yang berhasrat untuk memajukan masyarakat nelayan dan industri perikanan dan akuakultur

Fungsi Ko-nelayan

1. Mengusahakan projek-projek perikanan dan akuakultur dengan menekankan kemajuan masyarakat nelayan;
2. Mewujudkan perkerjaan dan peluang-peluang ekonomi yang mendatangkan hasil bagi masyarakat nelayan;
3. Menubuhkan projek-projek perniagaan dalam bidang perikanan dengan sendiri atau secara usahasama denga lain-lain pihak berkuasa awam, syarikat awam atau swasta atau nelayan;
4. Mengusahakan projek-projek perikanan dan akuakultur dengan menekankan kemajuan masyarakat nelayan;
5. Mengusahakan perkhidmatan pengangkutan dan mengadakan kemudahan kredit bagi perusahaan perikanan;
6. Menubuhkan suatu agensi pemasaran bagi mengusahakan pemasaran semu hasil perikanan termasuk import dan eksport;
7. Menaja rancangan sosial seperti pemasaran, perkhidmatan kesihatan, perkembangan penduduk, kawalan alam sekitar, perumahan, pelajaran prasekolah dan dewasa yang lebih baik dan rancangan-rancangan sosial yang lain bagi masyarakat nelayan;
8. Melakukan semua tindakan dan perkara yang lain sebagaimana yang perlu dan mustahak bagi mencapai maksud-maksud korporasi; dan
9. Memajukan, membantu, menyokong, mengusahakan, mendorong dan menggalakkan semua pembangunan ekonomi dan sosial mana-mana pertubuhan nelayan yang ditubuhkan di bawah Akta Persatuan Nelayan 1971 di negeri ini atau mengurus apa-apa perkara yang berkaitan dengannya.

Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu