Sabah Maju Jaya

SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN

Pihak Pengurusan Tertinggi dan seluruh Kakitangan KO-NELAYAN ingin mengucapkan "Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan 2023" kepada seluruh rakyat Sabah yang meraihkannya di mana pun berada. Semoga perayaan tahun disambut dengan penuh kesyukuran, keberkatan dan kejayaan kepada semua.

SABAH MAJU JAYA

MALAYSIA MADANI

Hebahan / Aktiviti

Apa yang sedang berlangsung ;

Pengumuman / hebahan

Ruangan ini menyediakan maklumat seperti aktiviti, hebahan dan pengumuman yang mempunyai kepentingan kepada masyarakat umum di Malaysia khususnya Negeri Sabah.

Aktiviti Terkini

TAJUK : LAWATAN PENGERUSI KO-NELAYAN

1 MEI 2023

Lawatan Ybhg. Tuan Kong Soon Choi, Pengerusi KO-NELAYAN ke tapak gerai pameran dan jualan KO-NELAYAN pada 31 Mei 2023 sempena sambutan Pesta Kaamatan peringkat Negeri Sabah 2023 bertempat di Hongkod Koisaan KDCA, Penampang.


Aktiviti Terkini

TAJUK : LAWATAN KETUA MENTERI SABAH DAN TIMBALAN KETUA MENTERI SABAH

30 - 31 MEI 2023

Lawatan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah bersama Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan Timbalan Ketua Menteri l merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) ke tapak gerai pameran dan jualan KO-NELAYAN.

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

TAJUK : KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN 2023

29 MEI 2023

Jom datang beramai-ramai ke Hongkod Koisaan (KDCA), Penampang pada 29-31 Mei sempena sambutan Pesta Kaamatan 2023 peringkat Negeri Sabah dan temui KO-NELAYAN di gerai Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI).

Terdapat 35 JENIS PRODUK yang terdiri daripada produk Hiliran Perikanan dan Produk Program Pembangunan Industri Kecil Perikanan (PIKP) yang menanti anda dan pastinya 100% keluaran pengusaha bimbingan KO-NELAYAN.

Turut berada di gerai MAFFI ialah Jabatan Pertanian Sabah, Korporasi Pembangunan Desa (KPD), Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah, Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) serta Jabatan Perikanan Sabah. Dapatkan pelbagai jenis produk makanan, aneka kuih muih serta jualan bibit buah-buahan daripada Jabatan dan Agensi MAFFI.


Aktiviti Terkini

TAJUK : MAJLIS PELANCARAN PELAN STRATEGIK KO-NELAYAN 2023-2030

25 MEI 2023

Liputan media daripada Jabatan Penyiaran Malaysia, Sabah (RTM) sempena Majlis Apresiasi KO-NELAYAN 2023 yang telah diadakan pada 19 Mei 2023 (Jumaat) bertempat di Promenade Hotel, Kota Kinabalu Sabah.

Turut berlangsung semasa Majlis Apresiasi ini ialah Majlis Pelancaran Pelan Strategik KO-NELAYAN 2023-2030 yang mengandungi 7 teras utama. Selain itu, majlis penyampaian anugerah "Jasamu Dikenang" bagi kakitangan KO-NELAYAN yang telah bersara pada tahun 2022 juga diraikan bersama. Turut disampaikan ialah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada kakitangan KO-NELAYAN yang terpilih.

Kredit Video: Jabatan Penyiaran Malaysia, Sabah. (RTM)


Aktiviti Terkini

TAJUK : MAJLIS MENANDATANGANI KOD ETIKA KORPORAT KO-NELAYAN

24 MEI 2023

Majlis Menandatangani Kod Etika Korporat Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (KO-NELAYAN) telah diadakan pada 19 Mei 2023 (Jumaat) bertempat di Dewan Serbaguna Wisma Pertanian Sabah yang telah dihadiri oleh seluruh kakitangan KO-NELAYAN termasuk kakitangan pejabat wilayah KO-NELAYAN.

Sesi menandatangani Aku Janji Kod Etika Korporat KO-NELAYAN disaksikan oleh Pengurus Besar KO-NELAYAN, Tuan Hj. Yusof Hj. Ag. Besar bersama barisan Pengurusan Tertinggi KO-NELAYAN serta Tn. Mohd Jamri Bin Awang Dami, Penolong Setiausaha Kanan (Integriti), Unit Pengurusan Tatatertib Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kota Kinabalu, Sabah. Di samping itu, beliau juga merupakan penceramah jemputan bagi majlis ini.


Aktiviti Terkini

TAJUK : PEMBENIHAN, PENTERNAKAN DAN PENYELIAAN IKAN TILAPIA

15 MEI 2023
  • Tarikh : SIRI I : 16-18 MEI 2023
  • Tempat : Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN (KATC) Kg.Laya-laya, Tuaran, Sabah.
  • Untuk info lanjut sila hubungi En. Fhairull : 013 899 9914


Aktiviti Terkini

TAJUK : LAWATAN RASMI PENGERUSI KO-NELAYAN TUAN KONG SOON CHOI

9 MEI 2023

Lawatan rasmi Pengerusi KO-NELAYAN, Tn. Kong Soon Choi bersama Pn. Dahara Hj. Paro, Penolong Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Nelayan ke Pejabat KO-NELAYAN Keningau dan Mini Kompleks Perikanan Sipitang pada 8 Mei 2023 (Isnin).

Di sambut baik oleh En. Mohd. Akid Danish, Penguasa Pejabat Mini Kompleks Perikanan Sipitang dan En. Madsah Ibrahim, Penguasa Pejabat KO-NELAYAN Keningau.


Aktiviti Terkini

TAJUK : KO-NELAYAN KOMITED MEMASTIKAN INISIATIF PEMBUDAYAAN INTERGRITI

19 APRIL 2023

KO-NELAYAN komited memastikan inisiatif pembudayaan integriti dalam kalangan penjawat awam dilaksanakan secara strategik dan berterusan. Susulan daripada surat arahan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Bil.1 Tahun 2021 semua aduan boleh dibuat melalui SISTEM i-Adu.

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

TAJUK : MAJLIS PENYERTAHAN SURAT TAWARAN PERANTI SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)

6 APRIL 2023

Majlis Penyertahan Surat Tawaran Perantis Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)-SLDN kepada 45 orang perantis dan Perasmian Sesi Orientasi yang disempurnakan oleh Ybhg. Tuan Kong Soon Choi, Pengerusi KO-NELAYAN diadakan pada 05 April 2023 di Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN (KATC), Kg. Laya-Laya, Tuaran. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengurus Besar KO-NELAYAN, Tuan Hj. Yusof Hj. Ag. Besar, Timbalan Pengurus Besar Puan Cabrini Chia, Penolong Pengurus Besar (PPS) Tuan Salleh Hj. Obong serta pegawai-pegawai KO-NELAYAN.


Aktiviti Terkini

TAJUK : KUNJUNGAN HORMAT PENASIHAT EKONOMI SABAH KE KO-NELAYAN

31 MAC 2023

Delegasi dari Majlis Penasihat Ekonomi Sabah telah melakukan kungjungan hormat ke KO-NELAYAN pada 30hb. Mac, 2023. Delegasi terdiri daripada Datuk John Lo Thau Fah, Tuan Dzulkifli Ghulamdin dan Tuan Hj. Rahman disambut oleh Ybhg. Tuan Kong Soon Choi, Pengerusi KO-NELAYAN, Tuan Hj. Yusof Hj. Ag. Besar Pengurus Besar KO-NELAYAN, Puan Suraya Undui (PPB Khidmat Pengurusan), Tuan Salleh Hj. Obong (PPB Perancangan dan Pembangunan Strategik), Tuan Burhan Hj. Japar (PPB Pembangunan Industri Perikanan) dan pegawai-pegawai KO-NELAYAN.

Sejajar dengan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, Majlis Penasihat Ekonomi Sabah adalah merupakan salah satu platform yang ditubuhkan untuk membawa perubahan dan mengubah ekonomi negeri Sabah. Dalam kunjungan tersebut, antara beberapa perkara telah dibincangkan termasuklah mengenai peranan KO-NELAYAN dalam membangunkan industri perikanan, teknologi terbaharu yang digunakan serta menyusun industri perikanan menjadi industri yang memberi manfaat yang besar kepada negeri Sabah.


Aktiviti Terkini

TAJUK : MAJLIS PENYERAHAN BUBUR LAMBUK SEMPENA BULAN RAMADHAN 2023

31 MAC 2023

KO-NELAYAN telah mengadakan majlis penyerahan bubur lambuk sempena bulan ramadhan 2023 di bangunan Wisma Pertanian Sabah pada 30 Mac 2023. Penyerahan bubur lambuk tersebut disampaikan oleh Pengerusi KO-NELAYAN, Tuan Kong Soon Choi bersama Pengurus Besar KO-NELAYAN, Ybhg Tuan Hj Yusof Hj Ag Besar di hadapan kedai Fish Mart KO-NELAYAN.

Majlis tersebut diadakan sebagai sebahagian dari usaha untuk memberikan sumbangan kepada warga kerja Wisma Pertanian Sabah dan sebagai bentuk sokongan kepada komuniti setempat. Majlis ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga Wisma Pertanian Sabah yang menyambutnya dengan penuh kegembiraan dan sukacita. Pihak penganjur Badan Kebajikan Islam KO-NELAYAN (BAKIK) berharap bahawa majlis ini dapat terus diadakan pada tahun berikutnya sebagai usaha untuk membantu masyarakat yang memerlukan dan memupuk ukhuwah antara komuniti setempat. Selain itu, majlis ini juga diharapkan dapat memupuk semangat kebersamaan dan persaudaraan antara warga kerja di Wisma Pertanian Sabah.


Aktiviti Terkini

TAJUK : NOTIS KEROSAKAN TALIAN TELEFON DI IBU PEJABAT KO-NELAYAN

30 MAC 2023


Aktiviti Terkini

TAJUK : PENYERAHAN SURAT TAWARAN TANAH DI PEKAN KUALA PENYU

29 MAC 2023

Penyerahan surat tawaran tanah di Pekan Kuala Penyu oleh Ketua Unit Pengurusan Harta, En. Ag. Asmat Hj. Ag. Saman kepada Pengurus Besar Ko-Nelayan Ybhg. Tuan Hj. Yusof Hj. Ag. Besar pada 29 Mac, 2023 di pejabat Pengurus Besar KO-NELAYAN.

Kejayaan Ko-Nelayan memperolehi geran tahan ini di Pekan Kuala Penyu akan memberi kelebihan yang signifikan kepada komuniti nelayan dan industri perikanan setempat. Tanah ini membolehkan pembangunan dan pengembangan infrastruktur yang lebih berkesan dan membantu meningkatkan ekonomi komuniti nelayan dan memperkasakan industri perikanan tempatan.

Selaras dengan program dan projek Ko-Nelayan untuk membangunkan industri perikanan tempatan, keberadaan tanah dan Kawasan ini akan memainkan peranan penting dalam meningkatkan ekonomi dan membantu mengangkat taraf hidup komuniti nelayan setempat.


Aktiviti Terkini

TAJUK : PENANAMAN BATU KARANG

28 MAC 2023

Penanaman Batu Karang di Kg. Serunding Pulau Banggi dan Propagasi Batu Karang di Holding Tank, Taman Mini Akuakultur KO NELAYAN.


Aktiviti Terkini

TAJUK : KEMPEN ISTIMEWA PADA BULAN RAMADHAN 2023

23 MAC 2023

BERITA BAIK.. BERITA BAIK.. !!!

Platform e-KAN kini menganjurkan kempen buat pertama kalinya sempena untuk bulan Ramadhan!

Anda boleh menikmati pembelian produk-produk semua usahawan yang telah kami latih melalui platform ini seperti Bakul Ramadhan dan juga penghantaran pos secara PERCUMA untuk 5 pembeli yang terawal bagi setiap kedai usahawan yang menawarkan penghantaran pos!

Sila layari website www.ekan.com.my sekarang!


Aktiviti Terkini

TAJUK : Program Nelayan Digital (e-SMART) iaitu Seminar Penggunaan Teknologi Satelit Dalam Sektor Perikanan Dan Marin

20 - 21 Mac 2023

Program Nelayan Digital (e-SMART) iaitu Seminar Penggunaan Teknologi Satelit Dalam Sektor Perikanan Dan Marin Serta Penggunaan Aplikasi e-SMART Dalam Menangkap Ikan di Wilayah Tawau yang telah disertai oleh 40 nelayan dari 4 daerah yang berlainan (Tawau, Lahad Datu, Kunak & Semporna).

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

TAJUK : KURSUS UPSKILLING PEMBUATAN MAKANAN FORMULASI IKAN AIR TAWAR

7 MAC 2023

TARIKH : 8 MAC 2023

TEMPAT : CL RINDU RESORT TOMBONGON, MENGGATAL


Aktiviti Terkini

TAJUK : KURSUS UPSKILLING PEMBENIHAN DAN PENTERNAKAN IKAN TALAPIA MERAH

7 MAC 2023

TARIKH : 7 MAC 2023

TEMPAT : CL RINDU RESORT TOMBONGON, MENGGATAL


Aktiviti Terkini

TAJUK : MAJLIS PENYERAHAN ENJIN SANGKUT SBN.

23 FEBRUARI 2023

Majlis Penyerahan Enjin Sangkut bagi Skim Bantuan Nelayan(SBN) dan penyerahan cek bagi skim Pembangunan Industri Kecil Perikanan(PIKP) yang berlangsung pada 21 Februari 2023 bertempat di Taman Mini Akuakultur KO-NELAYAN, Laya-laya, Tuaran.


Aktiviti Terkini

TAJUK : KUNJUNGAN HORMAT PNK JASIN, MELAKA KE TMA, TUARAN.

21 FEBRUARI 2023

Kunjungan hormat dari Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Jasin, Melaka ke Taman Mini Akuakultur (TMA), Kg. Laya-laya, Tuaran telah diadakan pada 17 Februari 2023. Seramai lebih kurang 40 orang rombongan dari PNK tersebut telah disambut oleh wakil daripada Bahagian Pembangunan Industri Perikanan KO-NELAYAN, Puan Lorina Stephen dan Pengurus Wilayah Pejabat KO-NELAYAN Pantai Barat, En. Arieavistara dan kakitangan di TMA. Rombongan dibawa melawat ke Ladang Propagasi Batu Karang, Projek Pengeluaran Benih Ikan Marin, villa/homestay dan kolam pancing yang terdapat di TMA KO-NELAYAN.


Aktiviti Terkini

TAJUK : KURSUS UPSKILLING PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PROJEK AKUAKULTUR

13 FEBRUARI 2023
    TARIKH : 22-23 FEBRUARI 2023
    TEMPAT : Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN

Aktiviti Terkini

TAJUK : KURSUS UPSKILLING PEMBENIHAN IKAN HIASAN

13 FEBRUARI 2023
    TARIKH : 20-21 FEBRUARI 2023
    TEMPAT : Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN

Aktiviti Terkini

TAJUK : PENGUMUMAN PERPINDAHAN PEJABAT

28 DISEMBER 2022

Pengumuman perpindahan pejabat Ko - Nelayan Wilayah Tawau ke premis baharu dan akan beroperasi sepenuhnya pada 3 Januari 2023 (Selasa). Untuk maklumat lanjut, mohon rujuk alamat di bawah:

KO-NELAYAN Wilayah Tawau,

Taipan Commercial Centre, Jalan Kuhara,

TB17445, Blok A, Lot 5, Tingkat 3, WDT 8,

91000 Tawau, Sabah.


Aktiviti Terkini

TAJUK : PENGURUSAN TERNAKAN IKAN TALAPIA

01 DISEMBER 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Pada bulan ini, Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN (KATC) dan Unit Sumber Manusia Bahagian Khidmat Pengurusan (KP) akan menganjurkan sebuah kursus pengurusan ternakan ikan. Kepada sesiapa yang berminat, boleh mengisi borang mengikut pautan yang disediakan

    TARIKH : 13 - 15 DISEMBER 2022
    YURAN : PERCUMA
    TEMPAT : PUSAT LATIHAN AKUAKULTUR KO-NELAYAN, LAYA-LAYA, TUARAN, SABAH.
    PAUTAN (BORANG PENDAFTARAN): BORANG DI SINI

TUNGGU APA LAGI.KLIK LINK YANG DISEDIAKAN UNTUK MENDAFTAR ATAU HUBUNGI URUSETIA KURSUS UNTUK INFO LANJUT.

Atau Hubungi Urusetia

En. Fhairull :- 013-8999914

Bagi mendapatkan info berkenaan dan kursus lain, Sila klik pada pautan di bawah :-

Kursus Jangka Pendek


Aktiviti Terkini

TAJUK : HARI BERTEMU PELANGGAN (HBP) DI FISHMART KO-NELAYAN

26 OKTOBER 2022

Orang ramai adalah dijemput hadir bersama dalam Program Hari Bertemu Pelanggan (HBP) KO-NELAYAN 2022 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :-

    TARIKH :27 OKTOBER 2022
    MASA :9.00 Pagi - 3.00 Petang
    TEMPAT :FISHMART KO-NELAYAN, LOBI WISMA PERTANIAN SABAH, KOTA KINABALU, SABAH.

Antara aktiviti menarik yang akan berlangsung semasa Hari Bertemu Pelanggan (HBP) :-

  • 1) Perkhidmatan Kaunter Bertemu Pelanggan
  • 2) Edaran Borang Aduan dan Kajian Kepuasan Pelanggan
  • 3) Jualan Produk Usahawan KO-NELAYAN (Sardine Roll MONMIE dan Keropok Lekor RAIMAS)
  • 4) Jualan Produk Hiliran dan Usahawan (PIKP) KO-NELAYAN

Goodies menanti para pengunjung HBP KO-NELAYAN 2022

Jom luangkan masa anda bersama dengan KO-NELAYAN! Jumpa anda di sana!


Aktiviti Terkini

TAJUK : Majlis Penyerahan Surat Tawaran Perintis SKM-SLDN intake Oktober 2022

03 OKTOBER 2022

Seramai 50 orang perantis bakal menyertai Program Latihan Kemahiran Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dilaksanakan secara modular selama dua bulan dibawah pentauliahan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Sabah.

Besar Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan (Ko-Nelayan) Sabah Hj. Yusof Awang Besar, perantis yang terlibat akan mengikuti latihan dalam bidang Akualkultur Marin bagi tahap dua dan tahap tiga yang bermula pada bulan ini.

Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Sesi Orientasi Perantis Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)-SLDN di KATC di sini hari ini. Hadir sama Penolong Pengurus Besar (Bahagian Pembangunan Perancangan Strategik) Ko-Nelayan En. Salleh Obong.

Selain itu, KATC juga merancang, menyelaras, mengurus dan melaksana latihan akuakultur jangka pendek yang komprehensif dan latihan kemahiran.

Sumber: SABAH MEDIA

  • TARIKH :03 Oktober 2022
  • TEMPAT : KATC, Tuaran, Sabah.


Aktiviti Terkini

TAJUK : Majlis Penutupan Program e-kan Advance (STEP-UP) sesi September 2022

28 SEPTEMBER 2022

Majlis Penutupan Kursus Program e-kan Advance (STEP-UP) sesi September 2022 telah dihadiri oleh Pengurus Besar KO-NELAYAN, Tuan Hj. Yusof Hj. Ag Besar, diiringi Timbalan Pengurus Besar, Puan Cabrini Bridget Chia dan juga Penolong Pengurus Besar (Khidmat Pengurusan) Puan Raya Undui @ Suraya bagi merasmikan majlis penutupan untuk Program e-Kan pada tahun ini.

Seramai 45 peserta yang menghadiri kursus ini telah berjaya membuat profil kedai masing-masing di Platform e-Kan dan bersedia untuk memasarkan produk mereka melalui Platform e-Kan dengan penggunaan aplikasi e-Kan Center yang telah dibangunkan oleh KO-NELAYAN.

Phak KO-Nelayan berharap kepada semua peserta yang pernah menyeryatai Program e-kan akan mencapai kemajuan sebagai usahawan Sabah yang berjaya dalam memproduksi produk dan memberikan perkhidmatan berasaskan perikanan dan dapat meningkatkan hasil jualan mereka melalui atas talian (online) ke tahap yang lebih tinggi.

  • TARIKH : 26 - 28 September 2022
  • TEMPAT : Hotel Horizon, Kota Kinabalu, Sabah.


Aktiviti Terkini

TAJUK : KURSUS UPSKILLING/RESKILLING AKUAKULTUR PERIKANAN DAN HILIRAN PERIKANAN

23 SEPTEMBER 2022

MAKLUMAN !!

Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN (KATC) berkerjasama dengan University College Sabah Foundation (UCSF) akan menganjurkan 2 buah kursus seperti ketetapan berikut :

  • TAJUK : HATCHERI DAN PENTERNAKAN TALIPIA
  • TARIKH : 26 - 27 SEPTEMBER 2022
  • TEMPAT : Kg. Kuala, Papar

  • TAJUK : PENYELENGGARAAN KOLAM GENTIAN KACA
  • TARIKH : 28 SEPTEMBER 2022
  • TEMPAT : Kg. Kuala, Papar

Untuk mendapatkan maklumat berkenaan kursus lain anjuran KATC, sila klik pautan dibawah:- Kursus KATC


Aktiviti Terkini

TAJUK : PROGRAM E-KAN ADVANCE (STEP-UP)

13 SEPTEMBER 2022

Program e-Kan Advance (STEP - UP) anjuran Ko-Nelayan Sabah pada 26 - 28 September ini merupakan modul program e-Kan Tahap 3, khas untuk usahawan-usahawan seluruh Sabah yang pernah menyertai modul Program e-Kan Tahap 1 dan Tahap 2 sebelum ini.

Kursus ini adalah untuk peserta mendalami ilmu pendigitalan mengenai keusahawanan secara atas talian, untuk memberi pengenalan juga pemahaman kepada peserta mengenai perkembangan Program e-Kan seperti pembangunan Platform e-Kan yang akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa dan peserta akan mempelajari cara penggunaan Aplikasi e-Kan Center bagi kemudahan dalam merekod transaksi jualan harian masing-masing pada masa yang akan datang.

Sekiranya anda berminat untuk mengembangkan perniagaan anda secara atas talian, anda boleh mendaftar sebagai peserta e-Kan dan mengikuti kursus kami secara percuma!

Antara syarat-syarat untuk mengikuti kursus ini ialah :

  • 1) Warganegara Malaysia
  • 2) Umur 18 tahun ke atas
  • 3) Menetap di Sabah
  • 4) Pertama kali mendaftar ke Program e-Kan
  • 5) Berminat dalam perniagaan atas talian (secara online)
  • 6) Memiliki produk berasakan perikanan sahaja
  • 7) Memiliki rekod yang baik di KO-NELAYAN
  • 8) Mempunyai gajet (telefon pintar) dengan sambungan internet

Tempat adalah terhad, anda boleh mula mendaftar di : https://bit.ly/eKanBatch2


Aktiviti Terkini

TAJUK : PENGAMBILAN TERBUKA INTAKE SEPTEMBER 2022-PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL(SLDN) SECARA MODULAR

25 OGOS 2022

Program yang ditawarkan:

  • 1) TAHAP 2 - OPERASI AKUAKULTUR MARIN (A032-002-02:2017)
  • 2) TAHAP 3 - PENYELIAAN OPERASI AKUAKULTUR MARIN (A032-002-03:2017)
Tempoh Kursus : 3 BULAN

Untuk permohonan dan pertanyaan lanjut, sila klik LINK WHATSAPP dibawah :


Aktiviti Terkini

TAJUK : Kursus Latihan Program Elektronik - Komuninti Usahawan Nelayan (E-KAN) Untuk kakitangan KO-NELAYAN

22 - 24 OGOS 2022

Pengenalan kepada Kursus/ Latihan Program Elektronik - Komuniti Usahawan Nelayan (E-KAN) untuk kakitangan KO-NELAYAN. Kursus ini diadakan bermula pada 22-24 Ogos 2022 bertempat di Horizon Hotel, Kota Kinabalu.

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

TAJUK : Bengkel Pemantapan Kefahaman Terhadap Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 KO-NELAYAN

17 - 19 OGOS 2022

Bengkel Pemantapan Kefahaman Terhadap Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 KO-NELAYAN bertempat di Sky Hotel, Kota Kinabalu Sabah.

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

TAJUK : Penglibatan KO-NELAYAN dalam Program Taklimat Belia Nelayan dan Belia Peladang N.3 Pitas & Kaunter Khidmat Pelanggan

13 OGOS 2022

Penglibatan KO-NELAYAN dalam Program Taklimat Belia Nelayan dan Belia Peladang N.3 Pitas & Kaunter Khidmat Pelanggan telah berlangsung pada 13 Ogos 2022 (Sabtu) bermula jam 7.00 pagi sehingga 3.00 petang bertempat di Dewan Terbuka Dataran Pitas

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

TAJUK : Kunjungan Hormat Universiti Malaysia Pahang ke Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (KO-NELAYAN)

12 OGOS 2022

Kunjungan Hormat Universiti Malaysia Pahang ke Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (KO-NELAYAN) pada 12 Ogos 2022 (Jumaat) bertempat di Bilik Persidangan Samudera, KO-NELAYAN.


Aktiviti Terkini

TAJUK : Program Perkhidmatan Komuniti Begerak (PKB) - Mobiel Cmmunity Services(MSC)

23 JULAI 2022

Aktiviti penglibatan Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (KO-NELAYAN) dalam pameran info mengenai KO-NELAYAN serta jualan Produk Pembangunan Industri Kecil Perikanan (PIKP) & Hiliran sempena Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (PKB) - Mobile Community Services (MCS) bertempat di Kg. Meligan, Sipitang anjuran Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS Sabah).

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

TAJUK : TEKNIK PEMBENIHAN DAN PENTERNAKAN LOBSTER AIR TAWAR (LAT)

20 JULAI 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Pada bulan julai ini, Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN akan menganjurkan sebuah kursus secara online. Kepada sesiapa yang berminat, boleh mengisi borang mengikut pautan yang disediakan.

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

TAJUK : SEMINAR PENGENALAN TEKNOLOGI DIGITAL DAN TEKNOLOGI SATELIT DI MALAYSIA (e-Smart)

20 JULAI 2022

Objektif e-Smart :-

  1. Memberi penerangan mengenai teknologi satelit di Malaysia terutamanya penggunaanya dalam sector perikanan dan marin.
  2. Memberi kefahaman mengenai aplikasi nelayan iaitu e-SMART dalam aktiviti menangkap ikan.
  3. Memberi penerangan kepentingan teknologi digital dalam membantu nelayan meningkatkan hasil tangkapan mereka.
  4. Memberi penerangan manfaat teknologi digital dalam aktiviti menangkap ikan serta dalam memasarkan hasil tangkapan nelayan.
  5. Meningkatkan pengetahuan ICT dikalangan nelayan di Negeri Sabah.


Aktiviti Terkini

TAJUK : PROGRAM LATIHAN PIKP(E-DAGANG) DAN PROGRAM LATIHAN ELEKTRONIK-KOMUNITI USAHAWAN NELAYAN (e-Kan)

20 JUN 2022

Program e-Kan merupakan suatu inisiatif untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawan digital. Ia dilaksanakan melalui latihan dan bimbingan keusahawan digital yang diterapkan di dalam program ini. Skop kurikulum merangkumi trend teknologi digital terkini termasuk social media marketing, pengiklanan digital, kempen pemasaran digital, marketplace dan platform digital.

Program ini mensasarkan memberi pendedahan kepada peserta iaitu Komuniti Nelayan di Sabah dan Usahawan-usahawan PIKP Ko-Nelayan tentang keusahawan digital seterusnya membolehkan mereka untuk memanfaatkan kuasa plaftrom digital perniagaan mereka selaras dengan agenda ekonomi digital Negara.

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

TAJUK : PERASMIAN TAMU LUMADAN SEJAHTERA

17 JUN 2022

Jom datang berkunjung ke booth pameran dan jualan KO-NELAYAN pada hari ini 17 Jun 2022 (Jumaat) sempena Majlis Perasmian Tamu Lumadan Sejahtera, bertempat di Bandar Mingo Beaufort. Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik menanti anda!

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

TAJUK : Pelancaran Buku Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (KO-NELAYAN)

15 JUN 2022

Pelancaran Buku Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (KO-NELAYAN) pada majlis Pelancaran Minggu Integriti Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah. Pelancaran tersebut disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah.


Aktiviti Terkini

TAJUK : Program Minggu Intergriti Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah (MAF)

15 JUN 2022

Program Minggu Integriti Kementerian Pertanian & Perikanan Sabah (MAF) Tahun 2022. Berlansung pada 07hb sehingga 10hb Jun 2022 bertempat di Dewan Wisma Pertanian. Program Minggu Integriti ini disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Jeffrey G.Kitingan, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah.


Aktiviti Terkini

TAJUK : Majlis menandatangani Sijil Kerjasama KO-NELAYAN DAN PPS

08 JUN 2022

KO-NELAYAN telah menandatangani Sijil Kerjasama dengan Politeknik Sandakan Sabah (PSS). KO-NELAYAN diwakili oleh Pengurus Besar, Tuan Hj. Yusof Hj. Ag. Besar manakala Politeknik Sandakan Sabah (PSS) diwakili oleh Tuan Mohd. Faddilah bin Mohd. Yusof, Pengarah PSS.


Aktiviti Terkini

TAJUK : Program Mobile Community Services

04 HINGGA 05 JUN 2022

Program Mobile Community Services (Keluarga Malaysia Makmur Sejahtera) bertempat di Dewan Terbuka Keguraan, Kota Belud

Pelbagai acara dan aktiviti diadakan. Antaranya ialah Pembukaan booth jualan, Pameran produk usahawan, Kursus pengendalian makanan, Tempasuk run, Sembang santai, Kaunter perkhidmatan, Khidmat nasihat, Acara kebudayaan, Unduk Tindal, Rombituon, RFC Challenge, Sukan rakyat dan lain-lain lagi.


Aktiviti Terkini

TAJUK : Permohonan Program Latihan e-Kan

21 HINGGA 23 JUN 2022

E-Kan adalah inisiatif KO-NELAYAN untuk membantu komuniti nelayan dan usahawan kecil berkenaan keushawanan digital dan berkongsi cara untuk menjana pendapatan tambahan melalui platform digital.

JOM!!!...SERTAI KAMI DI PROGRAM E-KAN

Pendaftaran

Aktiviti Terkini

TAJUK : Program Pengukuhan Pasukan (Team Building)

28 HINGGA 31 MEI 2022

Team building sangat penting dalam pembangunan sesebuah organisasi, Team Building atau Pengukuhan Pasukan merupakan satu program di mana semua peserta akan dikumpulkan bersama dan dikehendaki melakukan beberapa misi dan aktiviti yang telah diaturkan.

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

TAJUK : Borang Maklum Balas Pelanggan

QR Code maklum balas pelanggan

Borang

Program dan Inisiatif

Mencipta peluang ekonomi dan sosial

Peningkatan Pendapatan Nelayan

Program ini menyediakan kemudahan peralatan menangkap ikan dan pinjaman kredit untuk meningkatkan pendapatan Nelayan

Pembangunan Usahawan

Meningkatkan pendapatan usahawan dengan menaiktaraf perusahaan yang bersaiz mikro kepada perusahaan yang berskala besar dan berdaya maju.

Pembangunan Modal Insan

Melahirkan usahawan terlatih serta tenaga kerja separa mahir dan mahir dalam bidang akuakultur

Pembangunan Akuakultur

Mengusahakan projek-projek perikanan dan akuakultur dengan menekankan kemajuan masyarakat nelayan

Pengeluaran Makanan dan Hiliran Perikanan

Mengeluarkan produk-produk berasaskan sumber laut yang berkualiti, bernutrisi tinggi dan berdaya saing di pasaran

Pembangunan Infrastruktur Perikanan

Menyediakan kemudahan one stop centre dan menyediakan kemudahan asas perikanan kepada komuniti nelayan

Pendigital dan Inovasi Perikanan

Menyediakan perkhidmatan digital kepada komuniti nelayan di Negeri Sabah

Produk Ko-Nelayan

Ketahui apa yang menjadikan Ko-Nelayan sebagai agensi perikanan yang ideal dan menjadi prospek utama dalam industri perikanan dan akuakultur. Penghasilan dan pengeluaran produk-produk yang berasaskan perikanan berkualiti tinggi dan berstatus halal.

  • Keropok Ikan
  • Mee Ikan
  • Keropok Ketam
  • Keropok Amplang

Sekiranya anda penggemar produk-produk yang berasaskan perikanan. Jom!.. terokai dan ketahui lebih lanjut produk-produk keluaran Ko-Nelayan yang terkini

Selanjutnya

Kenyataan Sebutharga / Tender

Ruangan ini menyediakan maklumat seperti Sebutharga dan tender yang mempunyai kepentingan kepada masyarakat umum di Malaysia khususnya Negeri Sabah.

Sebutharga / Tender Terkini



Tarikh Iklan
10 APRIL 2023

Terkini

  • 1) CADANGAN KERJA MEMBEKAL DAN MEMASANG PERALATAN DI GALERI PERIKANAN AKUAKULTUR TAMAN MINI AKUAKULTUR KO-NELAYAN, KG. LAYA-LAYA, TUARAN Secara Reka Dan Bina.

Download Iklan


Tarikh Iklan
30 MAC 2023

Terkini

  • 1) CADANGAN PEMBEKALAN BAHAN MENTAH DI KILANG HILIRAN KO-NELAYAN, KUDAT SECARA KONTRAK SEMASA BAGI TAHUN 2023.

Download Iklan


Tarikh Iklan
30 MAC 2023

Terkini

  • 1) PROGRAM BPAPN KO-NELAYAN: CADANGAN REKA DAN BINA PONDOK SEDAIAN BERUKURAN 40’(P) X 14’(L) DI KG. MERINTAMAN, SIPITANG.
  • 2) CADANGAN PEMBEKALAN BAHAN MENTAH DI KILANG HILIRAN KO-NELAYAN, KUDAT SECARA KONTRAK SEMASA BAGI TAHUN 2023.

Download Iklan


Tarikh Iklan
6 MAC 2023

Terkini

  • 1) CADANGAN PEMBINAAN KUARTERS PUSAT LATIHAN AKUAKULTUR KO-NELAYAN, KG. LAYA-LAYA, TUARAN.
  • 2) PROGRAM BPAPN KO-NELAYAN: CADANGAN KERJA MEMBINA PONDOK, JETI DAN PELANTAR DI KG. PELALAI BRUNEI, MEMBAKUT, SABAH.
  • 3) PROGRAM BPAPN KO-NELAYAN: CADANGAN KERJA MEMBINA PONDOK, JETI DAN PELANTAR DI KG. NELAYAN TENGAH, SANDAKAN, SABAH.

Download Iklan


Tarikh Iklan
10 - 17 FEBRUARI 2023

Terkini

  • 1) CADANGAN KERJA MENAIKTARAF TEMBOK PENAHAN DAN PEMBINAAN STOR PENYIMPANAN PERALATAN PROJEK TERNAKAN IKAN DALAM SANGKAR KO-NELAYAN, TRAYONG, TUARAN.
  • 2) CADANGAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN KAWASAN TANAH KO-NELAYAN, KUALA INANAM, KOTA KINABALU.
  • 3)CADANGAN PEMBEKALAN 02 BUAH KENDERAAN PACUAN 4 RODA JENIS DOUBLE CABIN UNTUK PEJABAT KO-NELAYAN, KOTA KINABALU.

Download Iklan
Tarikh Iklan
6 FEBRUARI 2023

Terkini

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga Peringkat Ahli-Ahli Korporasi KO-NELAYAN Kali Ke-1/2023

  • 1) Cadangan Pembekalan 02 Buah Kenderaan Pacuan 4 Roda Jenis Double Cabin untuk Ibu Pejabat KO-NELAYAN.
  • 2) Program TEKVES KO-NELAYAN: Cadangan Kerja Membina Baru Bengkel Bot Nelayan di Kg. Log Tohog, Pulau Banggi, Kudat.
  • 3) Cadangan Kerja Penyelenggaraan Fender dan Jeti Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Kompleks Perikanan KO-NELAYAN, Lahad Datu Secara Reka Dan Bina.

Download Iklan

Tarikh Iklan
13 DISEMBER 2022

Terkini

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga Peringkat Pengurusan KO-NELAYAN Kali Ke-11/2022

  • 1) PROGRAM BPAPN KO-NELAYAN: CADANGAN KERJA MEMBINA BARU PONDOK NELAYAN DAN PELANTAR DI KG. TELAGA, PITAS.
  • 2) CADANGAN PEMBEKALAN 02 BUAH KENDERAAN PACUAN EMPAT RODA UNTUK IBU PEJABAT KO-NELAYAN.
  • 3)CADANGAN MEMBEKAL DAN MEMASANG SET KOMPUTER UNTUK BILIK SUMBER PUSAT LATIHAN AKUAKULTUR KO-NELAYAN, KG. LAYA-LAYA, TUARAN.

Download Iklan

Tarikh Iklan
21 NOVEMBER 2022

Terkini

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga Peringkat Pengurusan KO-NELAYAN Kali Ke-11/2022

Download Iklan

Tarikh Iklan
07 NOVEMBER 2022

Terkini

Mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga Peringkat Ahli-Ahli Korporasi KO-NELAYAN Kali Ke-4/2022

Download Iklan

Tarikh Iklan
20 - 28 OKTOBER 2022

Terkini

  • 1) Cadangan Pembekalan Komputer Desktop dan Komputer riba di Pejabat KO-NELAYAN
  • 2) Program TEKVES KO-NELAYAN: Cadangan kerja membina baru bengkel bot di Kg. Log Tohog, Pulau Banggi, Kudat.
  • 3) Program TEKVES KO-NELAYAN: Cadangan kerja membina baru bengkel bot di Kg. Pangi, Kunak, Tawau
  • 4) Cadangan kerja penyelenggaraan jeti Petroleum KO-NELAYAN, Kudat

Download Iklan

Tarikh Iklan
29 SEPTEMBER 2022

  • 1) Program BPAPN KO-NELAYAN : Cadangan membina pondok nelayan dan jeti di Kg. Sabok, Kinarut.
  • 2) Program BPAPN KO-NELAYAN : Cadangan membaikpulih pondok nelayan, tangga simen dan menaiktaraf pelantar di Kg. Simpang 3, Merotai, Tawau.
  • 3) Program BPAPN KO-NELAYAN : Cadangan kerja membaikpulih pondok nelayan dan menaiktaraf jeti di Kg. Mesej, Pangi, Kunak.
  • 4) Cadanagn Pembinaan kaunter pnedaftaran pemancing terapung di Trayong Fishing Eco Point KO-NELAYAN, Tuaran.
  • 5) Program TEKVES : Cadanagan kerja membina bengkel bot nelayan di Kg. Pensurun, Tuaran.
  • 6) Program TEKVES : Cadangan kerja membina baru bengkel bot nelayan di Kg. Silat, Bongawan.
  • 6) Program TEKSVES : Cadangan kerja membina bary bengkel bot nelayan di Kg. Kulambai, Kota Belud.

Download Iklan

Tarikh Iklan
08 SEPTEMBER 2022

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga Peringkat Pengurusan KO-NELAYAN

Download Iklan

Tarikh Iklan
26 OGOS 2022

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga

Download Iklan

Tarikh Iklan
04 OGOS 2022

1) KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN

Download Iklan

Tarikh Iklan
19 JULAI 2022

1) Cadangan pembekalan 01 set mesin pemprosesan mi automatik di kilang Perusahaan Hiliran KO-NELAYAN, Kudat.

2) Cadangan pembekalan ink cartridge/toner secara kontrak semasa di KO-NELAYAN bagi tahun 2022

3) Program BPAPN KO-NELAYAN : Cadangan membina pondok nelayan dan bilik stor di Kg. Tambilaung, Kota Belud.

4) Program BPAPN KO-NELAYAN : Cadangan kerja membaikpulih pondok sedia ada, membina jeti baru dan pelantar di Kg. Kuala Abai, Kota Belud.

Download Iklan

Tarikh Iklan
04 JULAI 2022

1) Cadangan kerja membina bilik stor kalsium bersaiz 15' X 12' di kawasan Kompleks Perikanan KO-NELAYAN, Lahad Datu.

Download Iklan

Jom bersama kami

Ikuti perkembangan kami dari masa kesemasa untuk ketahui perancangan, program, projek serta insiatif yang dilaksanakan untuk merealisasikan kemakmuran masyarakat nelayan dan mensejahterakan industri perikanan melalui amalan perikanan yang lestari dan persekitaran yang mampan.

Jom sertai kami

Terokai Program kami yang mendapat permintaan tertinggi

Program Peningkatan Pendapatan Nelayan adalah sebuah program yang mendapat permintaan yang tertinggi di Ko-Nelayan dan telah membuka peluang-peluang ekonomi kepada masyarakat nelayan di Negeri Sabah

  • Skim Bantuan Nelayan (SBN)
  • Skim Pembangunan Industri Kecil Perikanan (PIKP)
  • Skim Bantuan Pengusaha Akuakultur (SBPA)

Jom sertai kami

Terokai Program perikanan dan akuakultur kami

Program Pembangunan Perikanan dan Akuakultur merupakan salah satu teras utama perkhidmatan yang disediakan oleh Ko-Nelayan bagi memajukan sektor perikanan dan akuakultur di Negeri Sabah. Program dan inisiatif ini berupaya membuka jalan pendapatan tambahan dan menawarkan peluang-peluang ekonomi yang mendatangkan hasil bagi masyarakat nelayan.

  • Ternakan ikan dalam sangkar
  • Pusat pengeluaran benih ikan marin
  • Projek lestari ternakan ketam bakau dalam kolam

Jom! Ketahui bagaimana inisiatif ini dapat membantu anda menjana pendapatan tambahan dan membuka peluang perniagaan baharu dan menjadi usahawan perikanan dan akuakultur di Negeri Sabah

Portfolio

Apa yang telah kami capai

  • All
  • App
  • Card
  • Web

Majlis Penyerahan Skim Bantuan Nelayan (SBN)

Disempurnakan oleh YB Tuan Mohd Arsad Bin Bistari (Pengerusi Ko-Nelayan)

Program Pengukuhan Pasukan (Team Building)

28 Hingga 30 Jun 2022 - Pulau Mantanani, Kota Belud.

Pelancaran Buku Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (KO-NELAYAN)

15 JUN 2022 - Wisma Pertanian dan Perikanan Sabah

Tamu Lumadan Sejahtera

17 JUN 2022 - Bandar Mingo, Beaufort

Majlis Menandatangani Sijil Kerjasama antara KO-NELAYAN dan Politeknik Sandakan Sabah (PPS)

8 JUN 2022

Gerai Jualan KO-NELAYAN bagi Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (Mobile Community Services)

15 JUN 2022

Penyerahan enjin sangkut kepada peserta Skim Bantuan Nelayan (SBN) di daerah Sandakan

Penyerahan enjin sangkut kepada peserta Skim Bantuan Nelayan (SBN) di daerah Sandakan