Kalender Acara

Tab-tab utama

Selasa, April 11, 2017

Acara Am
 
10/04/2017 hingga 13/04/2017

Sukacita dimaklumkan Showcase Produk Usahawan Sabah akan diadakan sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sabah yang Keempat Belas mulai 10 hingga 13 April 2017 di Ruang Legar (Lobi Utama), Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah. Sebanyak 12 buah syarikat IKS akan menyertai showcase ini yang terdiri dari pengusaha produk makanan, minuman madu, minyak kelapa dara, kraftangan dan kosmetik.

Objektif utama showcase ini adalah untuk mempromosi produk IKS Sabah serta memperkenalkan produk-produk keluaran Negeri Sabah hasil bimbingan agensi-agensi di bawah Kementerian Pembangunan Perindustrian.

Sila klik sini untuk maklumat lanjut