Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Penutupan Sementara Pejabat Pusat Biodiversiti Sabah

Salam hormat.

Selaras dengan arahan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah mengenai  Arahan Bekerja Dari Rumah Berikutan  Perintah Kawalan  Pergerakan Dan Penutupan Premis Kerajaan bermula  daripada  18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 (rujukan JKM  100-4/62 bertarikh 17 Mac 2020), dimaklumkan bahawa pejabat Pusat Biodiversiti Sabah adalah ditutup buat sementara waktu. 

2.      Sehubungan dengan itu sebarang pertanyaan berkenaan dengan aktiviti perlesenan (Lesen Akses dan Eksport Sumber Biologi Negeri Sabah) boleh terus hubungi Puan Alessandra Markos melalui aplikasi whatsapp di talian 013 545 0027 / alessandra.markos [at] sabah.gov.my atau Puan Nur Aizat Zaid juga melalui whatsapp di talian 010 935 7951 / nuraizat.zaid [at] sabah.gov.my atau melalui emel rasmi pusat di sabc [at] sabah.gov.my.

Sekian, terima kasih.

-------------------------------------------------
Bahagian Perlesenan dan Hubungan Luar
Pusat Biodiversiti Sabah
 

File Upload: