PENGENALAN PRODUK SALINAN DOKUMEN DISAHKAN BENAR SECARA DIGITAL - SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)

Untuk makluman YBhg. Tan Sri/Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah memperkenalkan produk salinan dokumen disahkan benar secara digital (Digitally Certified True Copy) bagi Salinan Imej Dokumen Berkanun Syarikat bermula 31 Januari 2017 dan Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan (Borang D) bermula 14 November 2016. Salinan disahkan benar secara digital bagi kedua-dua jenis dokumen ini boleh diperolehi melalui portal MyData SSM di capaian https://www.mydata-ssm.com.my.

Memandangkan salinan dokumen disahkan benar secara digital ini masih baru diperkenalkan dan SSM adalah agensi pertama yang menggunapakai teknologi ini, SSM memohon kerjasama YBhg. Tan Sri/Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan untuk menerima salinan dokumen disahkan benar secara digital (Digitally Certified True Copy) bagi menggantikan salinan dokumen disahkan benar secara manual. Penerimaan salinan dokumen disahkan benar secara digital ini bukan sahaja akan dapat memastikan kesahihan dokumen yang dikeluarkan SSM terjamin malahan boleh mengelakkan pemalsuan dokumen oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab.