Pihak teknikal Sabah Net akan menjalankan penyelenggaraan dan pengoptimuman rangkaian merangkumi gerbang internet dan rangkaian kawasan luas (WAN). Sepanjang proses penyelenggaraan ini dijalankan, pengguna akan mengalami gangguan rangkaian Sabah.net (Intranet dan Internet) dan sistem elektronik yang ditempatkan di Pusat Data Sabah Net. Namun yang demikian, pihak kami akan sedaya upaya memastikan gangguan adalah pada tahap minimum sepanjang tempoh perlaksanaan tersebut.
Kerja-kerja penyelenggaraan akan dijalankan pada ketetapan berikut:
TUJUAN
Menaik taraf dan menambah baik gerbang internet dan rangkaian kawasan luas (WAN).
Mengoptimumkan prestasi sistem rangkaian
TARIKH & MASA BERMULA
Sabtu 30/07/2022 10:00 pm [2200]
TARIKH & MASA BERAKHIR
Ahad 31/07/2022 6:00 am [0600]
TEMPOH KERJA
Lapan (8) jam
(Catatan: Pengguna berkemungkinan akan mengalami gangguan perkhidmatan rangkaian semasa tempoh tersebut)
PERKHIDMATAN TERLIBAT
Rangkaian Sabah.net (Internet dan Intranet)
Laman Web and Aplikasi Kerajaan Negeri (sabah.gov.my)
Emel Kerajaan Negeri (@sabah.gov.my)
PIHAK BERTANGGUNGJAWAB
Pihak teknikal Rangkaian dan Sistem SabahNet
Penyelenggaraan ini dilaksanakan bagi menyediakan kemudahan perkhidmatan rangkaian Sabah.net yang lebih baik. Sehubungan dengan itu, diharapkan pihak Tuan/Puan maklum berkenaan kerja-kerja penyelenggaraan ini.
Sekiranya pihak Tuan/Puan masih mengalami gangguan rangkaian atau sistem eletronik yang berkaitan selepas tempoh penyelenggaraan, sila berhubung terus dengan Bahagian Khidmat Pelanggan Sabah Net di talian 088 234101 or melalui WhatsApp 016 8331200.
Terima kasih atas sokongan dan pemahaman daripada pihak Tuan/Puan.
Sekian, terima kasih.
PENTADBIR EMEL KERAJAAN
Emel: mailadmin [at] sabah.gov.my
eGov: www.sabah.gov.my
“SABAH MAJU JAYA”