Pihak teknikal Sabah Net akan menjalankan kerja-kerja naiktaraf sistem keselamatan rangkaian (Firewall). Sepanjang proses penaiktarafan ini dijalankan, pengguna akan mengalami gangguan rangkaian Sabah.net (Intranet dan Internet) dan sistem elektronik yang ditempatkan di Pusat Data Sabah Net. Namun yang demikian, pihak kami akan sedaya upaya memastikan gangguan adalah pada tahap minimum sepanjang tempoh perlaksanaan tersebut.
Kerja-kerja penaiktarafan dan penyelenggaraan akan dijalankan pada ketetapan berikut:
TUJUAN
- Penaiktarafan sistem keselamatan rangkaian (Firewall)
- Penyelenggaraan dan kerja-kerja mengoptimumkan prestasi sistem rangkaian
TARIKH & MASA BERMULA
- Sabtu 16/07/2022 10:00 malam [2200]
TARIKH & MASA BERAKHIR
- Ahad 17/07/2022 6:00 pagi [0600]
TEMPOH KERJA
- Lapan (8) jam
(Catatan: Pengguna berkemungkinan akan mengalami gangguan perkhidmatan rangkaian semasa tempoh tersebut)
PERKHIDMATAN TERLIBAT
- Rangkaian Sabah.Net (Internet dan Intranet)
- Laman Web and Aplikasi Kerajaan Negeri (sabah.gov.my)
- Emel Kerajaan Negeri (@sabah.gov.my)
PIHAK BERTANGGUNGJAWAB
- Pihak teknikal Rangkaian dan Sistem SabahNet
Penaiktarafan dan penyelenggaraan ini dilaksanakan bagi menyediakan kemudahan perkhidmatan dan keselamatan rangkaian Sabah.net yang lebih baik. Sehubungan dengan itu, diharapkan pihak Tuan/Puan maklum berkenaan kerja-kerja penyelenggaraan ini.
Sekiranya pihak Tuan/Puan masih mengalami gangguan rangkaian atau sistem eletronik yang berkaitan selepas tempoh penyelenggaraan, sila berhubung terus dengan Bahagian Khidmat Pelanggan Sabah Net di talian 088 234101 or melalui WhatsApp 016 8331200.
Terima kasih atas sokongan dan pemahaman daripada pihak Tuan/Puan.
Sekian, terima kasih.
PENTADBIR EMEL KERAJAAN
Emel: mailadmin [at] sabah.gov.my
eGov: www.sabah.gov.my.