Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Arahan Mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan

Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Sabah adalah diarah untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan tanpa gagal bermula pada 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967 (Akta 344).
 
Sehubungan dengan itu, arahan ini wajib dipatuhi oleh setiap Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Sabah supaya kekal berada di rumah sepanjang masa kecuali untuk memenuhi keperluan-keperluan asas. Selain itu, amalkan penjarakan sosial (social distancing) dari orang sekeliling demi mengelak jangkitan COVID-19.
 
Sila klik sini untuk maklumat lanjut arahan Perintah Kawalan Pergerakan

Sekian, terima kasih.

Mesej dihantar bagi pihak:
[ DATUK (DATU) ROSMADI DATU SULAI ]
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah