Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Pengumuman

16/03/2020

Perhatian: Tempoh “downtime” hanya memakan masa maksimum 15 minit dari tempoh sebenar “downtime” yang dijadualkan.

Dimaklumkan bahawa kemungkinan terdapat gangguan terhadap perkhidmatan yang berikut atas sebab-sebab penyelenggaraan sistem yang telah dijadualkan seperti di bawah.

TARIKH & MASA BERMULA
Ahad, 15hb Mac 2020 (12:00 pagi)

TARIKH & MASA BERAKHIR
Ahad, 15hb Mac 2020 (03:00 pagi)

13/03/2020

Untuk makluman, iklan Temuduga Terbuka ILTP JPSM untuk pengambilan pelatih baru bagi kursus-kursus Program Teknikal dan Program Perdagangan bagi kemasukan bulan Julai 2020 dilanjutkan tarikhnya ke 27 Mac 2020.

12/03/2020

Untuk makluman, Iklan Pengambilan Pelatih Pusat Latihan Vokasional Pertanian Lahad Datu  Tahun 2020, Jabatan Pertanian  Negeri Sabah di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah telah dilanjutkan tarikh Pengambilannya melalui permohonan online ( Atas Talian) bermula pada tarikh 10hb Mac 2020 sehingga pada 10hb April 2020.

Belia dan beliawanis yang berminat bolehlah membuat permohonan online menerusi laman sesawang berikut :

11/03/2020

Kerajaan Negeri Sabah ingin mempelawa permohonan Biasiswa untuk mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana. Syarat utama permohonan ialah pemohon dan ibu bapanya hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah; sama ada kedua-dua ibu bapa berasal dari Sabah, atau salah seorang daripada ibu bapa berasal dari Sabah.

09/03/2020

Sukacita dimaklumkan LPKPANS akan melaksanakan peperiksaan secara "online" pada tarikh dan masa berikut :

KOD

06/03/2020

WIEF Roundtable was launched in Bahrain in February 2011 as an extension of the WIEF annual Forum. Its aim is to help businesses and entrepreneurs address economic challenges as well as explore new opportunities in growth areas. Its activities include discussions with industry experts on topical economic issues within a regional focus. WIEF Foundation has organised Roundtables in many cities including Istanbul, Moscow, Johannesburg, Dhaka, Madinah, London, Gangwon, Córdoba, Tokyo, Phnom Penh, Jakarta and India. 

05/03/2020

Dimaklumkan bahawa sistem telefon Pejabat Daerah Pitas di talian 088-615767 (Operator) sedang mengalami kerosakan dan tidak dapat digunakan sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. 

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 088-615764 (Unit Pembangunan), 088-615760 (Setiausaha Pegawai Daerah) atau 088-615520 (Pegawai Daerah ) Segala kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali.

Sekian dan terima kasih.

02/03/2020

Sukacita dimaklumkan bahawa KO-NELAYAN mempelawa pemohonan daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :-

Jawatan / Gred :    PEMBANTU PERIKANAN, GRED G19
Penempatan    :    Projek Pengeluaran Benih Ikan Hiasan KO-NELAYAN, Kg. Koiduan, Papar

TARIKH TUTUP PERMOHONAN:   
09 MAC 2020 (HARI ISNIN)

28/02/2020

Perhatian: Tempoh “downtime” hanya memakan masa maksimum 15 minit dari tempoh sebenar “downtime” yang dijadualkan.

Dimaklumkan bahawa kemungkinan terdapat gangguan terhadap perkhidmatan yang berikut atas sebab-sebab penyelenggaraan sistem yang telah dijadualkan seperti di bawah.

TARIKH & MASA BERMULA
Ahad, 01hb Mac 2020 (12:00 pagi)

TARIKH & MASA BERAKHIR
Ahad, 01hb Mac 2020 (03:00 pagi)

20/02/2020

Jabatan ini telah menerima maklumat bergambar mengenai Laman Web Rasmi Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah dalam Bahasa Inggeris, di mana gambar tersebut merupakan bukan paparan sebenar. Paparan tersebut adalah perkataan"JABATAN HAL EHWAL WANITA SABAH' telah diterjemahkan (translate) kepada "DEPARTMENT OF MONEY WOMEN". Gambar itu juga telah tersebarkan luas (viral) melalui aplikasi WhatsApp.