TARIKH & MASA BERAKHIR
Ahad, 22hb Mei 2022 (03:00 pagi)
PERKHIDMATAN TERLIBAT
- Emel elektronik
- Laman web
- Program Antivirus
- Pangkalan data
Perhatian: Tempoh “downtime” hanya memakan masa maksimum 15 minit dari tempoh sebenar “downtime” yang dijadualkan.
Dimaklumkan bahawa kemungkinan terdapat gangguan terhadap perkhidmatan yang berikut atas sebab-sebab penyelenggaraan sistem yang telah dijadualkan seperti di bawah.
TARIKH & MASA BERMULA
Ahad, 22hb Mei 2022 (12:00 pagi)
TARIKH & MASA BERAKHIR
Ahad, 22hb Mei 2022 (03:00 pagi)
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor meraikan pengamal media dengan majlis makan tengahari sempena Hari Raya Aidilfitri di Grand Ballroom, Magellan Sutera Hotel, hari ini.
Majlis anjuran Pejabat Media dan Komunikasi Jabatan Ketua Menteri (JKM) itu dihadiri oleh kira-kira 200 pengamal media.
Pengarah Media & Komunikasi JKM, Datin Lucy Irene Yong dalam ucapannya berkata, majlis itu selain meraikan Hari Raya Aidilfitri, juga sebagai tanda terima kasih dan menghargai peranan penting pengamal media dalam membuat liputan program program dan aktiviti anjuran Kerajaan Negeri terutama sekali yang melibatkan Ketua Menteri.
Katanya, liputan meluas media, samada media cetak, elektronik atau portal, berkaitan usaha berterusan kerajaan untuk membawa pembangunan di negeri Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) amat besar maknanya dalam aspek membolehkan rakyat umum mengetahui dan memahami objektif dan pencapaian SMJ.
Katanya, sejurus Hajiji memulakan tugas sebagai Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri Sabah, beliau bersetuju penjenamaan Pejabat Akhbar dan Penerbitan, JKM kepada Pejabat Media dan Komunikasi selaras dengan tuntutan keperluan semasa agar pejabat itu lebih berpandangan kehadapan (forward looking).
“Pejabat Media dan Komunikasi JKM menjadi focal point dalam mempastikan segala laporan berkaitan Kerajaan Negeri dan Ketua Menteri dihebahkan bukan sahaja cepat tetapi tepat.
“Saya amat berterima kasih atas kerjasama dan persefahaman yang wujud diantara pengamal media dan Pejabat Media dan Komunikasi selama ini, dan saya berharap ini akan beterusan”.
“I have a good team. We have done and will do our best to engage you in the Media and to facilitate communications and we are happy Media relations has been good”.
“Sebagai pemudah cara (facilitator) kepada pengamal dan organisasi media dalam memberi liputan dan publisiti kepada Kerajaan Negeri terutama sekali, Ketua Menteri, pejabat saya sentiasa dan akan terus memberi kerjasama sepenuhnya kepada rakan rakan media untuk kebaikan kita bersama”, tambah Lucy.
Hadir sama Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir dan Datuk Wetrom Bahanda, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong, Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Datuk Muguntan Vanar, Presiden Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA), Encik Jimmy Goh, Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Encik Zulkefli Mohd, Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Puan Nadzerah Abdullah, Ketua Pengarah Daily Express, Encik James Sarda, Ketua Pengarang The Borneo Post, Encik Chiu Nai Wen, Ketua Biro Bernama, Encik Fadzli Ramli.
Tamat
The post Ketua Menteri raikan pengamal media sempena Hari Raya Aidilfitri first appeared on Laman Web Rasmi Ketua Menteri Sabah.
MAJLIS PERASMIAN PAMERAN DUNIA KECIL SERANGGA SEMPENA HARI MUZIUM ANTARABANGSA PERINGKAT NEGERI 2022
TONGOD: Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) akan terus memajukan Sabah termasuk kawasan luar bandar melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Katanya, Kerajaan Negeri amat prihatin dan tidak mahu daerah-daerah yang jauh dari Kota Kinabalu mundur, kerana rakyat di daerah tersebut juga berhak menikmati pembangunan dan faedah hasil daripada kemerdekaan negara.
“Inilah yang Kerajaan GRS-BN lakukan kerana bagi kita yang penting ialah rakyat dapat menikmati apa jua pembangunan dan juga kemudahan-kemudahan asas yang sepatutnya mereka perolehi.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pesta Kaamatan Daerah Tongod Tahun 2022 dan Majlis Pecah Tanah Projek Komersil Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) di Dewan Terbuka Dataran Rakyat Tongod, semalam.
Hajiji berkata, Kerajaan GRS-BN mahu membawa Tongod dan daerah-daerah lain yang kurang pembangunan, keluar daripada kemunduran.
“Inilah niat kita sebaik sahaja mengambil alih pemerintahan negeri pada September 2020 yang lalu. Kerajaan Negeri sememangnya akan membawa pembangunan terutama di kawasan luar bandar bagi dinikmati oleh rakyat kita yang selama ini mengharapkan sesuatu yang baik atau memberi manfaat kepada mereka, yang dapat dilakukan oleh Kerajaan.
Katanya, Kerajaan GRS-BN juga amat komited dalam menyelesaikan isu pemilikan tanah di negeri ini, menerusi penyerahan sebanyak 611 geran tanah yang berkeluasan 3,893 ekar kepada pemohon dari daerah Tongod.
Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 238 adalah geran tanah adat negeri (NT) hasil daripada permohonan tanah biasa, manakala geran NT hasil daripada Program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS) adalah sebanyak 373.
“Pada 12 Mei lalu, saya telah menyerahkan 206 geran tanah NT kepada pemohon di daerah Pitas. Dan pada Sabtu saya telah menyerahkan sebanyak 181 geran di daerah Telupid. Hajiji berkata, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) akan sentiasa bekerja keras untuk menilai dengan teliti semua permohonan tanah yang dikemukakan oleh rakyat.
Menurutnya, sekiranya sesuatu permohonan itu tidak mempunyai sebarang halangan, tiada sebab pengeluaran geran untuk tanah terbabit tidak dapat dilaksanakan.
“Justeru saya meminta semua penerima geran tanah agar mengusahakan tanah mereka dengan pertanian, kerana ianya dapat meningkatkan pendapatan mereka. Jika boleh bekerjasamalah dengan mana-mana agensi kerajaan yang berkaitan untuk mengusahakan tanah tersebut dengan pelbagai jenis tanaman termasuk kelapa sawit.
“Berdasarkan laporan Statistik Eksport Import Mengikut Negeri bagi Mac 2022 yang dikeluarkan baru-baru ini, mencatatkan eksport minyak Sawit Malaysia berjumlah RM7.5 bilion, dengan Sabah mencatatkan angka tertinggi sebanyak RM1.8 bilion atau 23.5 peratus”, tambahnya.
Katanya, pemberian geran tanah itu bukan hanya sekadar untuk memastikan penduduk memperoleh tanah, sebaliknya membantu mereka untuk meningkatkan ekonomi menerusi pertanian seperti penanaman kelapa sawit dan tanaman lain.
“Justeru, saya menasihatkan kepada penerima geran NT supaya mengusahakan tanah bersungguh-sungguh dan tidak mengambil jalan singkat untuk mengaut keuntungan dengan menjualnya”, katanya yang turut menyerahkan satu warta perkampungan anak negeri iaitu Kampung Sanan seluas 49.3 ekar yang telah diwartkan pada 21 Okt 2021, di daerah Tongod.
Menyentuh sambutan Pesta Kaamatan, Hajiji berkata, Kaamatan harus terus dipelihara dan diperkukuhkan sebagai pemantapan perpaduan serta keharmonian dalam kepelbagaian kebudayaan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.
Hajiji yang juga Menteri Kewangan turut meluluskan permohonan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah untuk membina rumah kos rendah oleh LPPB di Tongod, projek membina astaka di Kompleks Sukan Tongod dan Rumah Pusat Kebudayaan Tongod/Kuamut.
Hadir sama ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Jahid Jahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Haji Aliasni, ADUN Telupid, Encik Jonnybone J Kurum, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Datuk Bernard Liew dan Pegawai Daerah Tongod, Haji Mohd.Fauzi Norbeh.
Tamat
The post Kerajaan GRS-BN melalui Hala Tuju SMJ akan majukan kawasan luar bandar Sabah first appeared on Laman Web Rasmi Ketua Menteri Sabah.
TELUPID: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) meneruskan Program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS) bagi menyelesaikan kerja-kerja pengukuran tanah adat negeri (NCR) di Sabah, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Katanya, Kerajaan Negeri komited untuk terus memberi tumpuan kepada pengeluaran geran tanah kepada rakyat negeri Sabah kerana ia menjangkau soal kehidupan orang kita tanpa mengira suku bangsa, anutan mahupun fahaman politik.
“Program PANTAS yang telah dilaksanakan sejak tahun 2011, kini diteruskan oleh Kerajaan GRS-BN kerana menyedari kepentingan pengeluaran geran tanah kepada rakyat negeri ini, khususnya anak negeri di luar bandar, termasuk di daerah Telupid.
“Pendekatan untuk meneruskan Program PANTAS ini juga untuk memastikan pengeluaran geran berstatus anak negeri (NT) untuk tanah NCR yang sudah lama diduduki dapat dipercepatkan bagi mengatasi kelewatan dalam proses permohonan biasa sebelum ini”, katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Geran Tanah Daerah Telupid, Pelancaran Buku Kajian Pelan Pembangunan Daerah Telupid (Aspirasi Daerah Telupid (2022-2030) dan merasmikan bangunan baharu Majlis Daerah Telupid di Dewan Majlis Daerah Telupid, hari ini.
Hajiji menyerahkan sebanyak 181 geran tanah NT melibatkan keluasan 1,294.296 ekar dan warta simpanan kampung iaitu Tapak Kediaman Anak Negeri Kampung Telupid Batu 4, seluas 201.336 ekar.
“Kerajaan mahu supaya proses pengeluaran geran tanah ini diperkasa dan diperhebatkan lagi tahun ini. Pada tahun 2021, Kerajaan Negeri telah berjaya mengukur tanah untuk golongan anak negeri dengan jumlah keluasan 15,511.52 hektar, dan mewartakan sebanyak 80 kawasan sebagai Tanah Simpanan Perkampungan Khas untuk anak negeri”, tegasnya.
Menyentuh Buku Kajian Pelan Pembangunan Daerah Telupid (Aspirasi Daerah Telupid 2022- 2030), beliau yakin pelan pembangunan ini akan membantu memacu kemajuan dan pembangunan daerah Telupid.
Hajiji berharap buku itu akan digunakan oleh pemimpin setempat sebagai panduan dalam pembangunan daerah Telupid agar Aspirasi Daerah Telupid dapat direalisasikan demi kepentingan dan faedah rakyat di daerah ini.
“Saya tahu, Telupid antara daerah yang masih memerlukan banyak pembangunan dan saya berharap pelan ini akan mendapat sokongan semua pihak yang berkaitan agar ia dapat dijayakan demi manfaat rakyat.
“Kerajaan GRS-BN akan memastikan lebih banyak pembangunan dibawa ke daerah ini yang masih ketinggalan. Kerajaan juga sentiasa menyokong dan membantu merealisasikan perancangan untuk menjayakan pelan pembangunan mana-mana daerah di negeri ini temasuk di daerah Telupid”, katanya.
Menyentuh bangunan baharu Pejabat Majlis Daerah Telupid, Hajiji berharap semua usaha akan tertumpu kepada memacu pembangunan daerah berkenaan.
“Saya juga mahu melihat majlis daerah secara proaktif meningkatkan usaha mereka untuk meningkatkan hasil. Jika anda tidak melaksanakan seperti yang diamanahkan, anda akan terus menjadi liabiliti kepada kerajaan. Justeru, saya mahu semua pegawai yang dilantik memegang jawatan masing-masing memainkan peranan dalam majlis daerah yang dibentuk”, tambahnya.
Hajiji berkata, Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya(SMJ) hanya akan kekal sebagai dokumen jika kita tidak menterjemah semua isi kandungannya dalam bentuk tindakan.Mereka yang diamanahkan untuk melaksanakan tugas itu perlu melaksanakan perancangan berkenaan.
“Setakat ini, saya gembira kerana kami telah mencapai banyak kejayaan dalam tempoh satu tahun selepas melancarkan Hala Tuju SMJ dengan berjaya menarik beberapa pelaburan mega dan banyak lagi kini dalam proses pelaksanaan. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh berpuas hati atau leka. Kita harus sentiasa konsisten untuk mendorong kita mencapai lebih banyak lagi kejayaan demi rakyat dan negeri ini”.
“Oleh itu, marilah bersama-sama saya secara progresif untuk terus melangkah ke hadapan. Marilah kita lakukan ini untuk rakyat dan Sabah yang tercinta”.
“Apa yang penting, rakyat akan terus bersama kami kerana kerajaan GRS-BN adalah kerajaan yang prihatin kepada rakyat termasuk di luar bandar. Marilah kita berganding bahu untuk sama sama membangunkan negeri ini”, tegasnya lagi.
Hajiji turut meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk membina Dewan Masyarakat Daerah Telupid yang baharu.
Hadir sama ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Haji Aliasni, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telupid, Encik Jonnybone J.Kurum, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr Jamili Nais, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Datuk Sr. Bernard Liew dan Pegawai Daerah Telupid, Encik Celestine Jetony.
Tamat
The post Kerajaan GRS-BN teruskan Program PANTAS, percepat pengeluaran geran tanah NT first appeared on Laman Web Rasmi Ketua Menteri Sabah.
PITAS: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) menyerahkan sebanyak 206 geran tanah adat negeri (NT) kepada pemohon di daerah Pitas, hari ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata kerajaan negeri melalui Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) terus komited dan memberi keutamaan bagi mempercepatkan permohonan tanah penduduk di negeri ini.
“Seperti yang kita sedia maklum, proses pengukuran tanah yang telah diduduki dan diusahakan penduduk kampung setempat diukur oleh JTU melalui Program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS) yang diperkenalkan sejak lebih 10 tahun lalu.
“Justeru, penyerahan geran pada hari ini membuktikan komitmen kerajaan negeri untuk meneruskan program PANTAS,” katanya ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Rumah Kedai Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar di Pekan Baharu Pitas, di sini pada Khamis.
Hajiji berkata pemberian geran tanah menerusi Program PANTAS telah dimulakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 2011, bertujuan memastikan pengeluaran geran berstatus NT untuk tanah hak adat anak negeri (NCR) yang sudah lama diduduki bagi mengatasi kelewatan dalam proses permohonan biasa sebelum ini.
“Pemberian geran tanah ini sudah dilakukan oleh kerajaan BN sejak lebih 10 tahun lalu. Ini mungkin rakyat tidak tahu, tetapi kami dalam Kerajaan GRS-BN tidak suka berpolitik sahaja, apa yang kami lakukan sekarang ialah bekerja untuk menunaikan janji kepada rakyat menerusi SMJ.
“Banyak lagi program yang akan kita lakukan walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran,” katanya.
Pada majlis itu, Ketua Menteri turut menyaksikan penyerahan dan pewartaan rizab perkampungan bagi 10 buah kampung daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) iaitu Sawit Kinabalu kepada Pejabat Daerah Pitas.
“Saya telah berbincang dengan Pengarah Urusan Sawit Kinabalu agar dapat memberi tanah kepada rakyat dan ia direalisasikan hari ini.
“Kita tidak mahu rakyat menjadi pelarian di kampung sendiri kerana tidak ada tanah,” katanya sambil berharap rakyat akan terus memberi sokongan kepada kerajaan GRS BN.
Dalam perkembangan lain, Hajiji yang juga Menteri Kewangan negeri berkata pembangunan Rumah Kedai di Pekan Baharu Pitas ini membuktikan kesungguhan, keikhlasan dan keprihatinan kerajaan untuk membangunkan negeri ini termasuklah di kawasan luar bandar.
“Kita mahu membawa Pitas yang sebelum ini dianggap sebagai daerah mundur, tetapi dalam kerajaan GRS-BN ini, kita akan membawa lebih banyak kemajuan.
“Inilah agenda dan keutamaan kerajaan bagi memastikan agar setiap rakyat dapat menikmati pembangunan di negeri ini. Saya percaya dengan majlis pecah tanah pada hari ini, bermulalah satu titik tolak pembangunan untuk Pekan Baharu Pitas.
“Saya juga meminta kepada semua pihak sama ada pemimpin, jabatan dan agensi awam, sektor swasta serta seluruh lapisan rakyat agar bekerjasama memastikan pelaksanaan pembangunan komersial di Pekan Baharu Pitas ini berjalan dengan lancar dan siap mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan,” katanya.
Projek Komersial di Pekan Baharu Pitas ini melibatkan pembinaan 68 unit kedai teres dua tingkat sebanyak 52 Unit, kedai sesebuah dua tingkat sebanyak 2 unit dan Lot Industri sebanyak 14 unit.
“Jika dilihat projek ini bolehlah dianggap satu projek mega bagi Pekan Pitas. Pembangunan seumpama ini sudah pasti berupaya menyediakan kemudahan kepada masyarakat di sini seperti peluang pekerjaan dan perniagaan,” katanya.
Yang turut hadir ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Bin Manjun; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Bin Untong; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Ruddy Awah yang juga Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; ADUN Bengkoka, Harun Durabi; Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar; (LPPB), Datuk Masiung Banah; Pengarah JTU, Datuk Bernard Liew; Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu, Datuk Bacho Haji Jansie; Pengurus Besar LPPB, Rosemary Ahping dan Pegawai Daerah Pitas, Firus Idzualdeen @ Benetty Mohd Dzul.
Tamat
The post 206 geran tanah NT diserahkan kepada pemohon di Pitas first appeared on Laman Web Rasmi Ketua Menteri Sabah.
TUARAN: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor urged elected representatives and leaders to always keep their ears on the ground and continue to be in touch with the people to grasp their aspirations better.
“I call upon all elected representatives and leaders not to stop the “turun padang” approach, to meet up with the rakyat and identify problems faced by them, and at the same time address whatever issues in their respective constituencies.
“Do not wait until problems emerge, instead always be close to the rakyat to win their hearts and minds,” he said.
Speaking at the District Pesta Kaamatan celebration at Dewan Seri Sulaman here on Wednesday night, Hajiji who is Sulaman Assemblyman also instructed all district officers and civil servants in the relevant departments to always be proactive in discharging responsibilies entrusted to them.
“They are entrusted to resolve the people’s problems, especially those in rural areas as well as to inform all efforts or actions by the government for the people.
Community leaders, he said also have an important role since they are in a better position to bring about changes.
“Always listen to the grassroots and be sensitive to their needs. By doing so, you too will be able to deliver all the government development plans that are beneficial to the people.
“This way, the rakyat will not be easily influenced by fake news and the various tactics to hoodwink them,” he said.
“This is the government’s aspiration so that all of us can stay united and to focus in one direction and not be distracted by interferences hindering progress.
“The GRS-BN government has prepared the Hala Tuju Sabah Maju Jaya development roadmap to develop our state and its people. We want to bring more development including attracting as many high impact domestic and international investments to Sabah.
“Therefore, in order to move forward let us do more. As the saying goes, actions speak louder than words,” he said.
At the same time, Hajiji called on the people of Sabah to stand fully behind the Government so that efforts to develop the state can be done successfully.
Earlier, the Chief Minister said the Pesta Kaamatan must continue to be a platform of unity for our culturally diversed community.
In fact, he said the unity and cooperation among the people of Sabah is an important element that can be easily brushed aside.
“In Sabah, our people of all races, religions and beliefs have lived together in harmony for generations. Intermarriages have resulted in big families of various ethnicity and beliefs that accept and respect one another,” he said.
Celebrated during the month of May, Pesta Kaamatan is now no longer observed just by the Kadazandusun Murut and Rungus community but by all the people in the state.
“This is the true reflection of the Malaysia Family concept that is emphasised by Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” he said.
Present were Rural Development Minister Datuk Jahid Jahim, Tourism, Culture and Environment Assistant Minister Datuk Joniston Bangkuai, Finance Assistant Minister, Jasni Daya and District Officer cum Organising Chairman, Syahrin Samsir.
Ends
The post YBs told ‘keep your ears on the ground’ first appeared on Laman Web Rasmi Ketua Menteri Sabah.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.
Ahmad Faizal Azumu memberi taklimat kepada Hajiji berhubung program dan projek pembangunan melibatkan belia dan sukan di Sabah, termasuk majlis sambutan Hari Belia Negara 2022 yang akan diadakan di negeri ini.
Majlis sambutan itu dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.
Tamat
The post Ketua Menteri terima kunjungan hormat Menteri Belia & Sukan Malaysia first appeared on Laman Web Rasmi Ketua Menteri Sabah.
KOTA KINABALU: Australia is looking forward to further strengthen relations with Sabah in the post-pandemic era.
Australia High Commissioner to Malaysia Dr. Justin Lee affirmed this during the meeting with Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor at MenaraKinabalu near here Monday.
Among the issues discussed were tourism and bilateral economic ties.
Appointed as High Commissioner to Malaysia in June last year, Dr Lee said Australia valued the long-standing relations with Sabah and hoped to continue cooperation in various fields
Also present was State Secretary Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong.
Ends
The post Australia to strengthen relations with Sabah first appeared on Laman Web Rasmi Ketua Menteri Sabah.
TARIKH & MASA BERAKHIR
Ahad, 08hb Mei 2022 (03:00 pagi)
PERKHIDMATAN TERLIBAT
- Emel elektronik
- Laman web
- Program Antivirus
- Pangkalan data
Perhatian: Tempoh “downtime” hanya memakan masa maksimum 15 minit dari tempoh sebenar “downtime” yang dijadualkan.
Dimaklumkan bahawa kemungkinan terdapat gangguan terhadap perkhidmatan yang berikut atas sebab-sebab penyelenggaraan sistem yang telah dijadualkan seperti di bawah.
TARIKH & MASA BERMULA
Ahad, 08hb Mei 2022 (12:00 pagi)
TARIKH & MASA BERAKHIR
Ahad, 08hb Mei 2022 (03:00 pagi)