School Holiday | General Event | |
---|---|---|
|
Mesyuarat Agung Tahunan Ke-40 PUSPANITA Cawangan Sabah
24/02/2023 - 00:00 to 10/03/2023 - 22:00 NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-40 PUSPANITA CAWANGAN SABAH
Yang Berbahagia Puan Sri / Datuk / Datin Seri Panglima / Datin / Puan
Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA Cawangan Sabah akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-40 seperti ketetapan berikut:-
3. Bersama ini disertakan Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Ke-40 di Lampiran A dan Atur Cara Mesyuarat Agung Tahunan ke-40 di Lampiran B untuk rujukan.
4. Setiap ahli PUSPANITA Cawangan Negeri berhak menghadiri dan bercakap dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan Negeri. Borang pengesahan kehadiran seperti disertakan di Lampiran C hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Urusetia PUSPANITA selewat-lewatnya pada 28 Februari 2023 (Selasa). Bagi memudahkan urusan penyediaan daftar senarai kehadiran untuk Mesyuarat tersebut, kerjasama Yang Berbahagia Puan Sri / Datuk / Datin Seri Panglima / Datin / Puan amat dihargai supaya menghantar borang pengesahan kehadiran dalam tempoh yang ditetapkan.
5. Usul-usul untuk perbincangan dalam Mesyuarat Agung Tahunan ini hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha PUSPANITA Cawangan Sabah (Lampiran D) selewat-lewatnya pada 24 Februari 2023 (Jumaat) untuk tindakan selanjutnya. Usul-usul yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan diproses.
Sila klik lampiran dibawah untuk maklumat lanjut: |