Official Website Of The
Sabah State Government

Perkhidmatan Pengendalian Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di Taska JHEWA

Merujuk kepada perkara di atas, semua pengusaha Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS) adalah dipelawa untuk menyertai tawaran berikut:

Perkara: Perkhidmatan Pengendalian Taska JHEWA bagi Anak Kakitangan JHEWA dan Kakitangan di Wisma Wanita  
Lokasi: Tingkat 1, Wisma Wanita, KM 3.5, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu

TARIKH LAWATAN TAPAK
Tarikh: 12 Julai 2019 (Jumaat)
Masa: 2:00 petang

Setiap pengusaha dikehendaki mengemukakan dokumen Profil Syarikat yang mengandungi maklumat berikut : 

  1. Latar belakang TASKA. 
  2. Latar belakang pendidikan majikan dan pekerja TASKA. 
  3. Sijil-sijil pendaftaran TASKA daripada JKM, SSM / ROS. 
  4. Sijil menghadiri Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) atau Kursus Asuhan PERMATA yang diiktiraf JKM dan maklumat suntikan Typhoid untuk pengendali makanan. 
  5. Mengemukakan modul aktiviti dan pembelajaran termasuk jadual aktiviti harian dan makan minum kanak-kanak. 

Tawaran hendaklah dihantar terus ke alamat:

Urus Setia Jawatankuasa Penubuhan TTKA JHEWA
Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah
Tingkat 4, Wisma Wanita
KM 3.5, Jalan Tuaran
88999 KOTA KINABALU

Tarikh tutup tawaran adalah pada 17 Julai 2019 (Rabu) sebelum 3:00 petang.

Sebarang pertanyaan berhubung tawaran perkhidmatan ini, sila hubungi:

  1. Puan Aminah Jikor (088-236110 / 088-236127 / 016-5885399), atau
  2. Encik Dyson Chee (088-236110/ 088-236156 / 014-9593713).

Sekian.

JABATAN HAL EHWAL WANITA SABAH