Official Website Of The
Sabah State Government

Pencalonan Anugerah Tokoh Setiausaha dan Anugerah Setiausaha Cemerlang Perkhidmatan Awam



Sempena Minggu Setiausaha Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri anjuran Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN), Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri akan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada para Setiausaha yang telah berkhidmat dengan cemerlang. Bagi menghargai sumbangan dan khidmat cemerlang para Setiausaha, Institut ini membuka pencalonan bagi Anugerah Tokoh Setiausaha dan Anugerah Setiausaha Cemerlang sebagai pengiktirafan Kerajaan Negeri Sabah terhadap kewibawaan seorang Setiausaha berdasarkan kriteria seperti yang berikut:

1.    Perkhidmatan cemerlang di pejabat khususnya dalam perkhidmatan awam amnya;
2.    Sumbangan cemerlang kepada profesion kesetiausahaan dan pengurusan dalam organisasinya;
3.    Penglibatan aktif dalam kegiatan luar organisasi dan khidmat masyarakat; dan
4.    Kecemerlangan dalam bidang lain.

Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan berikut:

>> https://drive.google.com/file/d/1uUtOtMzcDXO7vuvm7fkseSgsFu7GiVo5/view?u... <<

Sekian, terima kasih
INSTITUT LATIHAN SEKTOR AWAM NEGERI SABAH
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI
 

File Upload: