Official Website Of The
Sabah State Government

Notis Pengumuman Pengurangan Cukai Tanah Tahun 2020 Sebanyak 30%

Berikutan dengan pengumuman oleh Y.A.B. Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie Bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah pada 25 Mac 2020 berhubung dengan Pakej Bantuan Covid-19 Sabah, salah satu daripada bantuan oleh kerajaan negeri sabah adalah berkenaan dengan pengurangan cukai tanah semasa sebanyak 30% bagi cukai tahun 2020. Jabatan ini sudah bersedia untuk melaksanakan pengurangan 30% mulai 27 Mac 2020.

Untuk makluman, pembayaran cukai tanah boleh dibuat di mana-mana Kaunter Cukai Pejabat Tanah Daerah/ Ibu Pejabat/ UTC KK/ UTC Tawau, secara online Instant Transfer/ IBG ke akaun Alliance Bank (no. Akaun: 1019 6001 0033 195) atau melalui Sabah Pay.

Sekiranya ada pemilik-pemilik tanah yang telah membayar cukai tanah semasa bagi tahun 2020 sebelum ini maka rebat sebanyak 30% cukai tanah tersebut akan dibawa ke hadapan dan ditolak semasa pembayaran cukai tanah bagi tahun 2021. sila layari www.quitrent.jtu.sabah.gov.my untuk maklumat lanjut berkenaan status cukai tanah.

Sekian, harap maklum.
Sr BERNARD LIEW CHAU MIN
PENGARAH TANAH DAN UKUR SABAH