Official Website Of The
Sabah State Government

Notis Downtime - Simulasi Pemulihan Bencana ICT 2020 (ICT Disaster Recovery Drill 2020)

Kepada: Semua Kakitangan Kerajaan

Dimaklumkan bahawa kemungkinan terdapat gangguan terhadap perkhidmatan yang berikut atas sebab kerja-kerja Simulasi Pemulihan Bencana ICT 2020 (ICT Disaster Recovery Drill 2020) yang telah dijadualkan seperti di bawah:

PERKHIDMATAN YANG TERLIBAT
Semua sistem aplikasi atau laman web yang ditempatkan di PDKN

TARIKH DAN MASA BERMULA
Ahad 20hb Disember 2020, 10.00 pagi 

TARIKH DAN MASA BERAKHIR
Ahad 20hb Disember 2020, 04.00 petang

PENGGUNA TERLIBAT
Semua pengguna sistem-sistem aplikasi atau laman web yang ditempatkan di PDKN.

Jika anda masih lagi mengalami masalah mencapai perkhidmatan yang dinyatakan secara berterusan selepas tempoh gendala (downtime) yang dinyatakan, sila hubungi PDKN melalui kaedah-kaedah yang dinyatakan di bawah. 

Sebarang kesulitan yang timbul amat dikesali.

Sekian, dan harap maklum.

Mesej bagi pihak:
Pusat Data Kerajaan Negeri (PDKN)
Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN)
Emel: pdkn.jpkn [at] sabah.gov.my 
Tel: (088) 368823, 368819, 368820, 368829, 368826, 368800, 012-8260626
Faks: (088) 215116