Official Website Of The
Sabah State Government

MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI 2019M/1140H YAB KETUA MENTERI DAN JEMAAH MENTERI KERAJAAN NEGERI SABAH

Sukacita dimaklumkan, Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Tahun 2019M/1440H YAB Ketua Menteri Sabah Dan Jemaah Menteri Kerajaan  Negeri akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 09 Jun 2019 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat: Plaza Sunset, Pekarangan Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu

Penjawat awam adalah dijemput hadir bersama keluarga untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut. Majlis ini akan turut dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah bersama isteri. Maklumat majlis dan aturcara boleh dirujuk pada Lampiran 1.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Urus Setia Penganjur
Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri(Pentadbiran)
Tel No: 088-369185

Sekian
TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI [PENTADBIRAN]