Aktiviti Terkini

Penglibatan KO-NELAYAN dalam Program Taklimat Belia Nelayan dan Belia Peladang N.3 Pitas & Kaunter Khidmat Pelanggan

  • Tarikh : 13 OGOS 2022
  • Lokasi : Dewan Terbuka Dataran, Pitas

Penglibatan KO-NELAYAN dalam Program Taklimat Belia Nelayan dan Belia Peladang N.3 Pitas & Kaunter Khidmat Pelanggan telah berlangsung pada 13 Ogos 2022 (Sabtu) bermula jam 7.00 pagi sehingga 3.00 petang bertempat di Dewan Terbuka Dataran Pitas.

KO-NELAYAN juga telah membuka kaunter khidmat pelanggan kepada orang ramai dan memberi penerangan / taklimat ringkas mengenai Skim Pinjaman KO-NELAYAN. Selain itu, turut berlangsung dalam program ini ialah aktiviti pameran dan jualan produk hiliran KO-NELAYAN kepada orang ramai.

SABAH MAJU JAYA