Aktiviti Terkini

Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (PKB) - Mobile Community Services (MCS)

  • Tarikh : 23 JULAI 2022
  • Lokasi : Kg. Meligan, Sipitang

Aktiviti penglibatan Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (KO-NELAYAN) dalam pameran info mengenai KO-NELAYAN serta jualan Produk Pembangunan Industri Kecil Perikanan (PIKP) & Hiliran sempena Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (PKB) - Mobile Community Services (MCS) bertempat di Kg. Meligan, Sipitang anjuran Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS Sabah).

Anjuran program seperti ini adalah bertujuan untuk menghimpunkan pelbagai jenis perkhidmatan daripada kementerian atau agensi kerajaan serta pihak-pihak yang bersesuaian untuk menyantuni keperluan masyarakat di peringkat lapangan.

SABAH MAJU JAYA