Aktiviti Terkini

PROGRAM LATIHAN PIKP(E-DAGANG) DAN PROGRAM LATIHAN ELEKTRONIK-KOMUNITI USAHAWAN NELAYAN (e-Kan)

  • Tarikh : 20 - 23 JUN 2022
  • Lokasi : Sky Hotel, Kota Kinabalu, Sabah.

Program e-Kan merupakan suatu inisiatif untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawan digital. Ia dilaksanakan melalui latihan dan bimbingan keusahawan digital yang diterapkan di dalam program ini. Skop kurikulum merangkumi trend teknologi digital terkini termasuk social media marketing, pengiklanan digital, kempen pemasaran digital, marketplace dan platform digital.

Program ini mensasarkan memberi pendedahan kepada peserta iaitu Komuniti Nelayan di Sabah dan Usahawan-usahawan PIKP Ko-Nelayan tentang keusahawan digital seterusnya membolehkan mereka untuk memanfaatkan kuasa plaftrom digital perniagaan mereka selaras dengan agenda ekonomi digital Negara.

Selain itu, Membantu meningkatkan kualiti hidup dan menjana pendapatan tambahan kepada Komuniti Nelayan di Sabah dan Usahawan-usahawan PIKP Ko-Nelayan terutamanya golongan berpendapatan rendah B40 dengan mengupayakan dan menghubungkan mereka kepada peluang pendapatan digital.

Objektif Program e-Kan:

  1. Membantu usahawan menjana pendapatan melalui platform atas talian seperti platform e-Kan Ko-Nelayan
  2. Membantu usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan membuka kedai maya (Online Store) di Platform e-Kan.
  3. Usahawan akan didedahkan kepada komponen-komponen media sosial seperti Facebook, Instagram, WhatsApp dan Tik Tok untuk menjalankan perniagaan secara digital
  4. Usahawan akan diberi pendedahan kaedah menghasilkan kempen pemasaran yang mengintergrasikan pelbagai medium media sosial untuk memberi impak yang lebih kepada perniagaan mereka.
  5. Membantu usahawan meningkatkan jualan mereka di media sosial dan melalui kempen pemasaran digital.