Aktiviti Terkini

PERASMIAN TAMU LUMADAN SEJAHTERA DI BANDAR MINGO, BEAUFORT

  • Tarikh : 17 JUN 2022
  • Lokasi : Bandar Mingo, Beaufort

Jom datang berkunjung ke booth pameran dan jualan KO-NELAYAN pada hari ini 17 Jun 2022 (Jumaat) sempena Majlis Perasmian Tamu Lumadan Sejahtera, bertempat di Bandar Mingo Beaufort. Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik menanti anda!

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai produk-produk hasil keluaran usahawan bimbingan KO-NELAYAN dan tempatan Sabah yang pastinya memikat selera anda! Jom datang beramai-ramai!

SABAH MAJU JAYA