| |
|
Dasar Dan Maklumat Yayasan Usaha Maju |
| BAHAGIAN
A:
|
| A.
MAKLUMAT ORGANISASI |
- Nama Organisasi: Yayasan Usaha Maju (YUM)
|
-
Wawasan
|
|
Menjadi institusi kredit mikro yang berdikari dan
progresif menjelang tahun 2010.
|
-
Misi
|
|
Misi
Yayasan Usaha Maju (YUM) ialah menyediakan perkhidmatan kredit mikro yang
efisien kepada wanita untuk meningkatkan pendapatan keluarga. YUM komited
memenuhi kehendak pelanggan, menyediakan tenaga kerja yang produktif dan
menjadi institusi yang berdikari dari segi kewangan.
|
Objektif
|
|
-
Mencapai peningkatan pendapatan minimum kumpulan
sasar ke tahap RM1,000.00 sebulan dalam masa 3 tahun.
-
Mencapai penyerahan pinjaman sebanyak RM30 juta
setahun.
-
Mencapai kadar bayaran balik pinjaman 98% setahun.
-
Mencapai pengambilan ahli baru sebanyak 1,000
orang setahun.
-
Mencapai 50 orang kakitangan menghadiri latihan
setahun.
|
- Fung-Fungsi
|
|
-
Menyediakan kemudahan kredit mikro kepada
kumpulan sasar.
-
Mengenalpasti kumpulan sasar.
-
Memberi khidmat nasihat.
-
Mengkordinasikan program latihan.
-
Memantau dan menilai keberkesanan program.
|
| B.
MAKLUMAT DASAR |
- Dasar
|
|
-
Pinjaman disasarkan kepada
wanita yang berumur 18 hingga 55 tahun.
|
|
|
|
|
Tujuan:
-
Supaya wanita terlibat dalam arus pembangunan
perdana.
-
Supaya wanita dapat menyumbang kepada peningkatan
pendapatan keluarga.
-
Supaya dapat mewujudkan peluang pekerjaan sendiri.
|
|
-
Bakal peminjam hendaklah
menubuhkan Kumpulan dan Pusat.
|
|
|
|
|
Tujuan:
-
Mewujudkan keyakinan dan kerjasama di kalangan
wanita.
-
Mewujudkan sebuah organisasi yang disertai dan
diurus oleh wanita.
-
Memudahkan urusniaga pinjaman.
|
|
-
Pinjaman tidak mengenakan
cagaran dan penjamin.
|
|
|
|
|
Tujuan:
-
Memudahkan wanita mendapat pinjaman untuk membiayai
perniagaan.
|
|
-
Peminjam dikenakan caj
pengurusan.
|
|
|
|
|
Tujuan:
-
Untuk membiayai kos-kos operasi.
|
|
-
Bayaran balik pinjaman
adalah secara mingguan.
|
|
|
|
|
Tujuan:
-
Memudahkan peminjam membayar secara beransur-ansur
dengan jumlah bayaran yang kecil.
-
Membolehkan YUM memantau projek ahli dengan lebih
kerap
|
|
- Strategi-strategi
|
|
-
Mewujudkan struktur
operasi yang berkesan melalui penubuhan
rangkaian
cawangan di wilayah operasi
supaya membawa kemudahan
kredit secara langsung kepada
kumpulan sasar;
-
Mewujudkan sistem latihan kakitangan yang berkesan bagi membentuk
kakitangan yang kompeten, komited dan berpengkhususan;
-
Mewujudkan pakej pinjaman yang mudah difahami dan diikuti oleh
kumpulan sasar;
-
Mengenalpasti kawasan dan kumpulan sasar yang
layak;
-
Membuat soal-selidik
sosio-ekonomi dan urusan penggalakan;
-
Membentuk kumpulan-kumpulan ahli yang kukuh sebagai asas penting
kejayaan YUM;
-
Mengaktifkan Pusat sebagai tempat
peminjam bertukar maklumat dan pengalaman;
-
Membentangkan permohonan pinjaman untuk kelulusan
Kumpulan, Pusat dan YUM;
-
Melaksanakan
pengesahan penggunaan modal;
-
Membuat penilaian,
pengawalan dan sistem rekod;
-
Membawa pinjaman
terus ke kampung peminjam; dan
-
Menggunakan
teknologi komputer dalam operasi.
|
-
- Program-program
|
|
-
Program Pinjaman
|
|
-
Program Pinjaman Am 1 (SPA 1)
|
|
|
|
Program Pinjaman Am merupakan satu pakej yang
mengandungi elemen-elemen pinjaman itu sendiri dan
Perlindungan insuran(Tabung Kecemasan).
Jumlah pinjaman di bawah program Pinjaman Am
SPA 1 ialah di
antara RM100 hingga RM6,000 yang dibuat secara berperingkat, yakni pinjaman pertama dihadkan
maksimumnya kepada RM2,000, pinjaman kedua RM4,000 dan
pinjaman ketiga dan seterusnya RM6,000. Tempoh
pembayaran balik pinjaman adalah di antara 50 minggu hingga 150 minggu. Caj Pengurusan
dikenakan pada kadar asas pinjaman YUM sebanyak 11% setahun ke atas baki
tahunan. |
|
-
Program Pinjaman Am 2 (SPA 2)
|
|
|
|
Program
ini disediakan kepada ahli-ahli yang telah melepasi Garis Kemiskinan
Pendapatan atau GKP,terutama sekali mereka yang dikategorikan sebagai
ahli-ahli berjaya ke arah menyediakan mereka dengan institusi
perbankan konvensional. Jumlah pinjaman adalah di antara RM7,000
hingga RM20,000 dan caj pengurusan dikenakan pada kadar asas pinjaman
YUM iaitu sebanyak 11% setahun. |
|
-
Skim Peniaga Pasar
(SPP)
|
|
|
|
Program ini disediakan kepada peniaga-peniaga Bumiputra
yang mempunyai premis perniagaan khususnya yang berniaga
di pasar-pasar. Saiz pinjaman ini antara RM100 – RM1,000 dan
caj pengurusan adalah sebanyak 4% sebulan. |
|
-
Program Simpanan
|
|
-
Program Tabung Kecemasan
|
|
|
|
Ahli dikehendaki mencarum ke dalam Tabung Kecemasan pada kadar 1% daripada
baki pinjaman setahun. Tabung ini bertujuan bagi melindungi pinjaman jika
ahli meninggal dunia. |
|
-
Program Latihan
|
|
-
Latihan untuk Ahli
|
|
|
|
Penekanan adalah kepada pemberian kemahiran berkaitan
dengan keorganisasian, pengurusan sumber, perancangan
projek dan pengurusan kewangan. Mengubah mereka dari landasan kebajikan
kepada yang lebih berorientasikan komersil berlandaskan perasaan hormat
menghormati.
|
|
-
Latihan untuk Kakitangan (Induksi, Ulangan,
Kemajuan dan Pengkhususan)
|
|
|
|
Penekanan adalah membuat sasaran, disiplin kredit, hubungan perkhidmatan -
pelanggan, pengurusan potfolio dan model kewangan ke arah viabiliti,
perancangan - pengawasan - penilaian dan pembangunan institusi.
|
|
-
Program Perkhidmatan
|
|
-
Khidmat nasihat mengenai pengurusan
pinjaman/kaunseling.
-
Menghubungkan ahli-ahli yang berjaya kepada
jabatan atau agensi
dan institusi kewangan yang berkaitan.
-
Penyebaran maklumat.
-
Menyelaras program-program berorientasikan
peningkatan pendapatan dan pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan
oleh kerajaan negeri atau persekutuan.
|
|
- Kajian dan Penilaian
|
|
Melaksanakan kajian dan penilaian
program bagi mengukur tahap pencapaian objektif. Ini dilakukan oleh
pihak-pihak berikut:- |
|
-
Kajian Dalaman
|
|
|
|
-
Unit Data
dan Perangkaan
-
Kakitangan
- menerusi kertas kerja seminar, bengkel atau taklimat.
|
|
-
Kajian Luaran
|
|
|
|
-
Dalam
negeri
-
kajian
oleh pelajar institusi pengajian tinggi dan swasta tempatan.
-
kajian
oleh institusi-institusi seperti IDS.
-
Luar
negeri
-
kajian
oleh pelajar Pasca Siswazah dan penyelidik-penyelidik individu
dari luar negeri.
-
kajian
oleh institusi-institusi luar negeri seperti Grameen Trust,
Bangladesh dan JICA (Japan International Cooperation Agency)
|
|
| BAHAGIAN
B:
|
- Peratusan Pencapaian Pelaksanaan Tahun
2000 - 2004
|
|
-
-
Peratus pencapaian dasar program pinjaman, keahlian dan
pembayaran balik pinjaman adalah diperincikan seperti berikut:-
|
| Bil. |
- Program
-
|
- Tahun
|
| 2000 |
2001 |
2002 |
2003 |
- 2004
|
| 1. |
- Pinjaman
AM (RM‘Juta)
|
3.233 |
3.378 |
0.223 |
0.185 |
|
- Sasaran
(RM'Juta)
|
9.0 |
10.4 |
10.0 |
- |
- -
|
- % Pencapaian
|
36 |
32 |
2.23 |
- |
- |
| 2. |
- Kadar Bayar
Balik (%)
|
98.33 |
98.46 |
96.97 |
98.23 |
98.49 |
-
Sasaran (%)
|
98 |
98 |
98 |
98 |
98 |
-
% Pencapaian
|
100 |
100 |
99 |
100 |
100 |
| 3. |
- Keahlian (Orang/Keluarga)
|
970 |
1085 |
176 |
26 |
0 |
-
Sasaran (%)
|
1000 |
1000 |
1000 |
1000 |
1000 |
-
% Pencapaian
|
97.0 |
108.5 |
17.6 |
2.6 |
0 |
Nota:
Pada tahun 2003 dan 2004 tiada penyerahan pinjaman dan pengambilan ahli
dibekukan di semua cawangan kecuali cawangan Sipitang kerana YUM tidak
mempunyai modal pinjaman untuk diserahkan. Cawangan Sipitang menerima
modal pembiayaan pinjaman daripada Grameen Trust, Bangladesh.
|
- Kekangan
|
|
Walaupun prestasi program dari segi pembayaran balik pinjaman
cemerlang, namun jumlah urusniaga pinjaman masih kecil
berbanding sasaran. Ini adalah disebabkan masalah sumber terutamanya
kewangan. Kekangan peruntukan modal pinjaman sejak tahun 1995 telah
menghalang YUM untuk memperluaskan program pinjamannya. |
|
- Impak Program Ke atas Pembasmian
Kemiskinan
|
|
-
Mengikut kajian impak ke atas program YUM
oleh IDS (Sabah) pada tahun 1991, 1992 dan 1993, sebanyak
355 orang yang mendapat pinjaman pertama telah melepasi
Garis Kemiskinan Pendapatan; 147 orang (pinjaman kedua); 89
orang (pinjaman ketiga); 51 orang (pinjaman keempat) dan 15
orang (pinjaman kelima).
-
Kajian itu
juga mendapati pendapatan bersih keluarga meningkat sebanyak
40.7% (kajian pertama pada tahun 1991), 33.4% (1992),
293.4% (1993) dan 177% (kajian keempat oleh Institusi pengajian
tinggi pada tahun 1994).
-
Simpanan keluarga juga meningkat sebanyak 30.7%.
-
Aset boleh pindah telah
meningkat 112.5% daripada RM1,281.4 kepada RM2,723.7.
-
Impak program keatas pengwujudan peluang-peluang pekerjaan
sendiri adalah positif.
Seramai 27.5% dariapda 80 responden adalah dikalangan suri rumah tidak
bergaji sebelum menyertai program. 20% daripada ahli keluarga dapat
menyumbangkan pendapatan keluarga dari 1.5 orang kepada 1.9 orang.
-
Perolehan buruh, kapital dan pengurusan (RBKP) iaitu peratus
pendapatan bersih dari perbelanjaan ialah 61.99% bagi Kedai Runcit dan
22.7% bagi Kedai Makan dan Minum. Bank
Grameen mencatatkan purata perolehan Kapital 40% bagi kegiatan
Perniagaan. Purata pelaburan ialah RM2,139.4. 82.5% daripada
responden mengalami pulangan pelaburan positif. 43.7% dariapda
responden mengalami pulangan pelaburan bersih lebih RM2,000. Ini
menunjukkan bahawa kredit ialah menguntungkan jika ianya digunakan
sepenunhya 'capitalised' melalui kegiatan-kegiatan ekonomi yang
menguntungkan.
-
Dari perspektif penggunaan pendapatan/keuntungan yang agak aktif bagi
membiayai keperluan harian, simpanan, pendidikan, pembaikan rumah,
perubatan serta keperluan-keperluan sosial, menunjkkan taraf kehidupan
telah meningkat dan selesa.
|
- Jumlah Peruntukan (Juta RM) Bagi Tahun
2000 - 2005a
|
|
Tahun |
|
2000 |
2001 |
2002 |
2003 |
2004 |
2005 |
| 3.00 |
2.00 |
4.00 |
4.50 |
5.50 |
3.50 |
a Peruntukan
Perbekalan (Supply)
- Peruntukan (Juta RM) Bagi Pelaksanaan Dasar Tahun
2000 - 2005
|
|
Tahun |
|
2000 |
2001 |
2002 |
2003 |
2004 |
2005 |
- 0.30c
|
- 2.00d
|
- 0
|
- 0
|
- 0
|
- 1.00d
|
b Pinjaman Luar (institusi)
Nota:
c Pinjaman daripada Grameen Trust Bangladesh melalui Citi Bank
bagi Cawangan Sipitang
d Pinjaman daripada Perbadanan Pinjaman Sabah (PPS)
e Pinjaman kali kedua daripada PPS
|