Majlis Bersama
Jabatan Yayasan Usaha Maju
Pada 29 Mei
2004, Majlis Bersama Jabatan Yayasan Usaha Maju (MBJ-YUM) telah mengadakan
mesyuaratnya yang pertama. Penubuhan MBJ-YUM ini merupakan susulan kepada
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002. MBJ-YUM terdiri dari
dua pihak iatitu pihak pengurusan dan pihak pekerja.
Tujuan MBJ-YUM
adalah untuk mendapatkan seluas-luas kerjasama yang menyeluruh di antara
YUM dengan pegawai-pegawai yang bergaji di dalam YUM dalam perkara-perkara
berkaitan dengan kelancaran kerja dan kebajikan perkerja-perkerja YUM;
untuk mengadakan jentera bagi menguruskan soal-soal mengenai
syarat-syarat bekerja dan amnya untuk mengumpul berbagai buah fikiran
daripada pekerja dengan wakil rasmi YUM.
Di antara
bidang dan fungsi MBJ-YUM ialah membincangkan dan memutuskan
perkara-perkara mengenai syarat-syarat bekerja yang ada berkaitan dengan
pentadbiran yang berkesan kecuali semua perkara mengenai pekerja-pekerja
perseorangan dan menggalakkan penglibatan kakitangan menerusi pengambilan
bahagian dalam perbincangan-perbincangan untuk mendapat pengetahuan yang
lebih lagi mengenai pentadbiran jabatan.
Berikut
Merupakan ahli-ahli MBJ-YUM sesi 2004/2005: