| Sekapur Sirih Selamat datang ke Laman Web Unit Sains dan Teknologi (UST). UST merupakan sebuah agensi di bawah Jabatan Ketua Menteri Sabah yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti penggalakan sains dan teknologi untuk semua lapisan masyarakat di Negeri Sabah. Laman Web rasmi UST ini diwujudkan untuk memberi maklumat kepada semua golongan masyarakat mengenai perkembangan sains dan teknologi khususnya di Negeri Sabah. Kami akan cuba menyampaikan seberapa banyak maklumat yang boleh kepada pelawat laman ini. Kami akan meningkatkan dan memperbaiki laman web ini dari masa ke semasa untuk memenuhi keperluan pelawat yang mencari maklumat. Sila hubungi pentadbir laman web kami sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, ulasan atau cadangan untuk memperbaiki laman web ini. Sekian, terima kasih. Fatimah Hj. Jaafar
Pengarah
Unit Sains dan Teknologi
Jabatan Ketua Menteri
|