Pihak
UST terlibat secara langsung dalam Jawatankuasa Melihat Anak
Bulan yang dianjurkan oleh Pejabat Mufti Negeri Sabah. Acara
pencerapan hilal ini diadakan di Balai Cerap Al-Biruni, Putatan.
Program pencerapan Hilal Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah diadakan
setiap tahun bagi tujuan penetapan tarikh berpuasa, Hari Raya
Aidul Fitri dan Hari Raya Aidiladha . Pencerapan juga akan diadakan
semasa gerhana bulan atau gerhana matahari.