| English |Bahasa Malaysia |

BAHAGIAN BIODIVERSITI

 

Program "Bornean Biodiversity and Ecosystems Conservation (BBEC)" adalah program usahasama teknikal antara Kerajaan Negeri Sabah, Universiti Malaysia Sabah dan Japan International Cooperation Agency (JICA), Jepun. Program BBEC mula dilaksanakan pada Februari 2002 hingga Januari 2007. Bagi fasa kedua (BBEC II), program ini kemudian dilanjutkan lagi selama lima (5) tahun bermula Oktober 2007 hingga September 2012.

Di fasa pertama, tumpuan lebih diberikan dalam pemindahan skil dan pengetahuan untuk memantapkan teknologi yang diperlukan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti pemuliharaan. Manakala matlamat utama program ini dalam fasa kedua adalah untuk menyokong pelaksanaan Enakmen Sabah Biodiversiti 2000 untuk mencapai keseimbangan antara pembangunan dan pemuliharaan melalui rangkaian aktiviti pemuliharaan dan proses membuat keputusan.

Peranan dan tanggungjawab UST dalam pelaksanaan program BBEC ini adalah yang berkaitan dengan Program Kesedaran Awam.